Latihan keusahawanan untuk wanita & belia Sudan

Konflik berdarah yang berpanjangan di Sudan telah melumpuhkan ekonomi dan meragut mata pencarian jutaan rakyat.

 

Menurut laporan rasmi IOM – Displacement Tracking Matrix pada 2026, lebih 11,000,000 orang penduduk Sudan kini kehilangan tempat tinggal.

 

Wilayah Kassala kini menjadi tempat berteduh buat ratusan ribu pelarian yang terputus sumber rezeki.

 

Bagi membebaskan mereka daripada jerat kebergantungan hanya pada bantuan semata, MyCARE bersama Yayasan Buruj melancarkan inisiatif keusahawanan kepada keluarga asnaf.

 


 

 

 

 

 

Menerusi kerjasama rakan pelaksana WeDCO, projek pembangunan kapasiti ini telah bermula pada Ogos 2026. Seramai 15 orang wanita B40 menerima latihan jahitan intensif, pengurusan kewangan, serta sebuah mesin jahit peribadi.

 

Pada masa yang sama, seramai 30 orang belia lelaki dilatih membaiki telefon pintar dan dibekalkan set peralatan profesional. Langkah berimpak ini membolehkan 45 keluarga asnaf memulakan perniagaan sendiri secara berdikari.

 
TONTON VIDEO
 

Setinggi-tinggi penghargaan kami titipkan kepada Yayasan Buruj serta seluruh penyumbang budiman atas keperihatinan yang berterusan.

 

“Nurturing Humanity, Making a Difference.”

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Beri peluang pendidikan kepada anak Gaza

Hampir 98% bangunan sekolah di Gaza kini hancur menjadi debu runtuhan.   Menurut laporan antarabangsa, seramai 1.5 juta kanak-kanak Palestin kini dinafikan akses kepada pendidikan

Kunjungan hormat Duta Palestin

MyCARE telah menyambut kunjungan hormat Duta Palestin H.E. Jehad Fouad alQedra ke pejabat MyCARE.   Sesi pertemuan ini menyaksikan perkongsian isu terkini di Palestin, Gaza

Bantu bina semula Gaza

Baru-baru ini Google Maps telah kemaskini peta Gaza. Bumi yang dahulunya dipenuhi deretan rumah kini berubah menjadi padang jarak padang tekukur.Menurut laporan penilaian Pertubuhan Bangsa-Bangsa