MyCARE telah menyambut kunjungan hormat Duta Palestin H.E. Jehad Fouad alQedra ke pejabat MyCARE.
Sesi pertemuan ini menyaksikan perkongsian isu terkini di Palestin, Gaza dan Tebing Barat, manakala pihak MyCARE membentangkan pencapaian pelbagai projek serta inisiatif yang sedang berlangsung.
Perbincangan ini membuka ruang untuk kami menyusun langkah yang lebih proaktif dan berkesan demi menyalurkan bantuan asas buat rakyat Palestin.
Sejak 7 Oktober 2023, MyCARE secara konsisten menyampaikan bantuan ke Palestin dengan jumlah keseluruhan melebihi RM42 juta—iaitu purata lebih RM1 juta setiap bulan.
Selain itu, perbincangan inisiatif turut diadakan bagi melangkah ke hadapan menerusi pelbagai projek kerjasama antara MyCARE dan Kedutaan Palestin.
Semoga pertemuan ini dapat memperkukuh jalinan kerjasama yang sedia ada, seterusnya memastikan lebih ramai rakyat Palestin menerima manfaat merangkumi sektor infrastruktur, pendidikan, bekalan makanan, perubatan, serta keperluan asas yang lain.
“Nurturing Humanity, Making a Difference.”