Bantu bina semula Gaza

Baru-baru ini Google Maps telah kemaskini peta Gaza. Bumi yang dahulunya dipenuhi deretan rumah kini berubah menjadi padang jarak padang tekukur.

Menurut laporan penilaian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada 2026, seramai 1.9 juta penduduk Gaza kini hilang tempat tinggal.

Hampir sembilan daripada sepuluh rakyat Palestin terpaksa berpindah-randah tanpa sebarang jaminan keselamatan diri.

Ketiadaan keperluan paling asas terus menghimpit kehidupan warga emas, wanita, serta anak-anak kecil.

Bantuan kecemasan MyCARE kini transisi ke arah pemulihan melalui kempen Bina Semula Gaza.

Bantuan menyeluruh ini merangkumi pelbagai kluster kritikal demi memulihkan kehidupan harian mangsa yang terselamat.

Bantuan difokuskan kepada penyediaan bakul makanan, pemulihan sumber air bersih, serta pakej perlindungan khemah.

Inisiatif ini turut memperkukuh rawatan pembedahan, bantuan pendidikan alternatif, serta tajaan kebajikan anak yatim.

Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, Allah akan melepaskan kesusahannya pada hari kiamat.” (Riwayat Muslim).

Pemulihan kehidupan menerusi pelbagai sektor bantuan ini kekal menjadi keutamaan kritikal dalam operasi kemanusiaan MyCARE di Gaza.

Setinggi-tinggi penghargaan kami titipkan kepada para penderma budiman yang teguh bersama perjuangan MyCARE.

Semoga Allah merahmati dan melipat gandakan rezeki para dermawan MyCARE. Setiap ringgit yang anda hulurkan hari ini adalah langkah pertama untuk mereka kembali berdiri dan menyambung kehidupan.

Jom bantu di:
https://mycare.qrd.by/rebuildingpalestin

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Beri peluang pendidikan kepada anak Gaza

Hampir 98% bangunan sekolah di Gaza kini hancur menjadi debu runtuhan.   Menurut laporan antarabangsa, seramai 1.5 juta kanak-kanak Palestin kini dinafikan akses kepada pendidikan

Kunjungan hormat Duta Palestin

MyCARE telah menyambut kunjungan hormat Duta Palestin H.E. Jehad Fouad alQedra ke pejabat MyCARE.   Sesi pertemuan ini menyaksikan perkongsian isu terkini di Palestin, Gaza