Musim sejuk kini kembali menyelubungi bumi Syria dan Lubnan. Bagi jutaan pelarian yang berlindung di dalam khemah daif, ketibaan musim ini membawa ujian suhu beku yang amat mencabar.
Atas rasa tanggungjawab dan keprihatinan, delegasi MyCARE bersama Rose2Rose (R2R) akan berlepas bagi menjayakan misi kemanusiaan ke lapangan yang diketuai oleh Pengerusi MyCARE, Dato’ Seri Ir. Dr. Kamal Nasharuddin bin Mustapha.
Tarikh: 1 – 10 Disember 2026
Lokasi: Syria & Lubnan
Fokus Utama: Agihan Bantuan Musim Sejuk dan Sokongan Psikososial
Misi ini bertujuan menyampaikan amanah dan sumbangan rakyat Malaysia secara terus kepada keluarga pelarian yang terkesan, di samping menyantuni emosi anak-anak komuniti di sana.
Doakan agar segala urusan perjalanan, keselamatan delegasi, serta proses agihan bantuan dipermudahkan dari awal hingga akhir.
Winter Relief 2026: Selimutkan Daku
“Khemah, tempat tidur, pakaian, dan bekalan makanan kami semuanya tenggelam di bawah air banjir berlumpur.”Rintihan mangsa ini menjadi realiti pahit bagi lebih 100,000 orang pelarian