EN | BM
EN | BM
EN | BM
Penajaan Anak Yatim MyCARE telah bermula sejak tahun 2010. Kini, MyCARE telah menaja sekitar 2600 orang dan agihan sebanyak RM24 juta telah dilaksanakan.
Penajaan anak yatim adalah tajaan anak-anak yatim yang menjadi mangsa krisis peperangan dan bencana. Penajaan ini adalah dari segi bantuan kewangan yang digunakan untuk perbelanjaan pakaian, makanan dan pendidikan.
Orang yang menanggung anak yatim miliknya atau milik orang lain, aku dan dia seperti dua ini (Nabi SAW mengisyaratkan dengan dua jari baginda SAW) di syurga
Hadis Riwayat Muslim
Tahun ini merupakan tahun ke-14 pelaksanaan Projek Penajaan Anak Yatim dan Asnaf MyCARE. Bermula dengan penajaan Anak-Anak Yatim dan Asnaf Palestin, seterusnya Syria, Filipina dan terkini Lubnan, Yaman serta Afghanistan. Situasi anak-anak yatim yang berada di negara-negara berkenaan melalui pelbagai situasi yang sukar, khususnya Anak-anak Yatim Palestin. Mereka bukan sahaja kehilangan ibu bapa malahan anggota badan akibat peperangan. Anak-anak yatim ini amat memerlukan bantuan dan kasih sayang serta perhatian daripada semua lapisan masyarakat.
Tidak semua bernasib baik mempunyai masa muda yang sempurna. Ada di antara mereka yang kehilangan ibu dan bapa semasa masih kecil. Kitalah tempat bergantung yang mereka harapkan. Jangan hampakan harapan mereka.
Tidak semua bernasib baik mempunyai masa muda yang sempurna. Ada di antara mereka yang kehilangan ibu dan bapa semasa masih kecil. Kitalah tempat bergantung yang mereka harapkan. Jangan hampakan harapan mereka.