Winter Relief 2026: Selimutkan Daku

“Khemah, tempat tidur, pakaian, dan bekalan makanan kami semuanya tenggelam di bawah air banjir berlumpur.”

Rintihan mangsa ini menjadi realiti pahit bagi lebih 100,000 orang pelarian di seluruh Semenanjung Gaza.

Mengikut rekod kemas kini OCHA pada November 2026, hujan lebat telah memusnahkan lebih 6,000 buah khemah.

Tragedi runtuhan pasir di Al-Berka berhampiran Deir Al-Balah turut meragut 5 nyawa pelarian, 3 orang kanak-kanak dan 2 orang wanita.

Ketiadaan pam penyedut air dan kanvas perlindungan menyebabkan 261 buah pusat pemindahan terus ditenggelami air termasuk air kumbahan.

Selepas berpindah antara 5 hingga 10 kali, kebanyakan keluarga kehilangan semua pakaian tebal dan tilam.

Menyedari krisis bencana yang mencengkam nyawa ini, MyCARE segera memobilisasikan operasi bantuan Winter Relief.

Misi kecemasan ini menyalurkan bantuan selimut tebal, baju sejuk, serta kanvas perlindungan dan makanan.

Bantuan perlu dipercepatkan demi memelihara suhu badan anak-anak kecil daripada ancaman hipotermia.

Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang melapangkan satu kesusahan mukmin di dunia, Allah melapangkan kesusahannya pada hari kiamat.” (Riwayat Muslim).

Ayuh hangatkan mereka di:
http://mycare.qrd.by/winterrelief

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Bina masa depan untuk anak-anak

MyCARE Learning Centre (LC) di Kulai ini dibuka sejak tahun 2018. Hari ini ia berusia 8 tahun.   Ia merupakan sebuah pusat pembelajaran yang diusahakan

Bantuan periuk baharu untuk ibu-ibu Gaza

Ibu-ibu di Gaza akan menggali runtuhan-runtuhan rumah mereka untuk mencari sisa peralatan yang masih boleh digunakan. Selagi boleh digunakan, mereka akan guna walaupun rosak, pecah