Kisah Salman yang Enggan Mengalah

Salman kehilangan kedua ibu bapanya sejak kecil. Kehidupannya dipenuhi kehilangan. Peperangan di Gaza telah menambahkan lagi kesukaran kepada beliau. Salman terpaksa hidup berpindah-randah, menyaksikan kemusnahan, serta berdepan kekurangan makanan dan air bersih.

 

Namun, di sebalik segala kesukaran itu, Salman tidak pernah memilih untuk berputus asa. Beliau terus belajar walaupun di dalam khemah dan pusat pembelajaran sementara.

 

Sebelum peperangan, Salman merupakan pelajar cemerlang di Malaysia School dengan pencapaian akademik melebihi 90%. Selain itu, beliau juga menghafaz al-Quran dan aktif dalam sukan.

 

Hari ini, Salman telah menetapkan impiannya. “Impian saya adalah untuk menjadi seorang doktor kerana peperangan ini mengajar saya bahawa kehidupan memerlukan penjagaan yang rapi dan insan yang mampu menyelamatkannya.”

 

Bagi Salman, tajaan bukan sekadar bantuan kewangan. Ia adalah tanda bahawa masih ada insan yang percaya kepada impiannya.

 


 

 

“Tajaan ini hadir tepat pada waktunya. Ia membantu saya melangkah lebih dekat untuk mencapai impian saya dan membuatkan saya merasakan masih ada insan yang mengambil berat tentang diri saya. Tajaan ini membantu saya merealisasikan banyak matlamat dan impian yang saya cita-citakan. Saya berharap tajaan ini akan terus berterusan sehingga suatu hari nanti Tuan/Puan dapat melihat saya berjaya mencapai impian saya.”

 

Salman tidak meminta simpati. Beliau hanya memerlukan peluang untuk terus belajar, membesar dan mengubah masa depannya.

 

 

Terima kasih penaja kerana telah membantu menghidupkan harapan seorang anak yatim melalui Kempen Penajaan Anak Yatim Palestin MyCARE.

 

Dengan tajaan bulanan, anda bukan sekadar memenuhi keperluan hariannya, malah membantu memastikan impian seorang anak yang tabah tidak terhenti di tengah peperangan.

 

Taja seorang anak yatim hari ini: https://mycare.qrd.by/sponsorshipyatim

 

atau hulurkan sokongan anda melalui: https://mycare.qrd.by/bay

 

Untuk maklumat lanjut, hubungi: Ruhaiza Musanip +60 13-744 4760 / +603-8941 2341

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Misi Kemanusiaan Syria & Lubnan 2026

Musim sejuk kini kembali menyelubungi bumi Syria dan Lubnan. Bagi jutaan pelarian yang berlindung di dalam khemah daif, ketibaan musim ini membawa ujian suhu beku

Winter Relief 2026: Selimutkan Daku

“Khemah, tempat tidur, pakaian, dan bekalan makanan kami semuanya tenggelam di bawah air banjir berlumpur.”Rintihan mangsa ini menjadi realiti pahit bagi lebih 100,000 orang pelarian

Harapan Seorang Ibu Bernama Hanaa Saleh

Peperangan yang berlaku di Palestin telah memusnahkan kehidupan Hanaa Saleh dan keluarganya. Mereka terpaksa berpindah dari Tel al-Sultan tanpa sempat membawa apa-apa.   Hanaa bersama