Kunjungan AKFP ke Ibu Pejabat MyCARE

MyCARE telah menerima kunjungan hormat dari AlKhidmat Foundation Pakistan (AKFP) yang diwakili oleh Mr. Syed Ihsan Ullah Waqas, Naib Pengerusi AKFP bersama Mr. Ahmed Toor, Pengurus Besar Perhubungan Antarabangsa AKFP dalam rangka lawatan mereka ke Malaysia.

AKFP adalah sebuah organisasi kemanusiaan terkemuka di Pakistan yang ditubuhkan pada 1990 dan memiliki ribuan rangkain pejabat di Lahore.

Delegasi AKFP telah menziarahi beberapa NGO di sini untuk menjalin hubungan dan kerjasama strategik antara NGO kedua-dua negara.

MyCARE pernah menjalinkan hubungan serta melaksanakan projek dengan AKFP dengan melaksanakan bantuan kecemasan bencana banjir Pakistan pada 2022 dan 2025 melalui bantuan agihan pek makanan, pembinaan semula rumah mangsa banjir serta beberapa konvoi bantuan perubatan.

Dengan adanya kunjungan muhibah ini akan mengukuhkan lagi kerjasama sedia ada selain AKFP turut menyatakan hasrat untuk bekerjasama dalam menyampaikan bantuan di Gaza dan beberapa negara bergolak lain.

“Nurturing Humanity, Making a Difference.”

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Beri peluang pendidikan kepada anak Gaza

Hampir 98% bangunan sekolah di Gaza kini hancur menjadi debu runtuhan.   Menurut laporan antarabangsa, seramai 1.5 juta kanak-kanak Palestin kini dinafikan akses kepada pendidikan

Kunjungan hormat Duta Palestin

MyCARE telah menyambut kunjungan hormat Duta Palestin H.E. Jehad Fouad alQedra ke pejabat MyCARE.   Sesi pertemuan ini menyaksikan perkongsian isu terkini di Palestin, Gaza