[Banjir2022] Bantuan untuk mangsa banjir Kelantan

Agihan bantuan banjir dimulakan dengan operasi pengagihan di Kampung Kacang Sebidang, Pengkalan Kubor, Kelantan dengan kerjasama Badan Kebajikan al-Nur.
 
Kampung ini mudah di tenggelami air sedalam 5 – 10 kaki dan mengambil masa melebihi 2 minggu utk air surut.
 
Ini bermaksud semua aktiviti terpaksa dihentikan termasuk perniagaan yang boleh menyebabkan bekalan makanan penduduk sangat terhad.
 

 

 

 

 

 
MyCARE telah mengagihkan sebanyak 400 bungkus masakan panas dan air mineral kepada 100 buah keluarga di kampung ini.
 
Pnegagihan dibuat secara penghantaran rumah ke rumah menggunakan bot bersama 8 orang sukarelawan.
 
Penduduk sangat berterima kasih atas sumbangan kerana mereka belum menerima apa-apa sumbangan semenjak berlakunya banjir.

 


 

 

 

 

 

 

 

 

 

 
MyCARE juga sedang menggerakkan sumbangan bernilai RM40,000 untuk disalurkan kepada mangsa-mangsa banjir di Kelantan dan Terengganu.
 
Ayuh bersama kami ringankan beban mereka. Salurkan sumbangan anda di:
https://mycare.qrd.by/bencana

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Bagaimana Bantuan Masuk ke Gaza?

Bagi menjawab kemusykilan rakyat Malaysia yang melihat video-video bantuan MyCARE di Gaza dari Oktober 2023 dan tetap berjalan sehingga sekarang, Pengurus Kanan Projek MyCARE, Haji

Bantuan susu formula bayi

Data rasmi UNICEF (Ogos 2026) mencatatkan angka yang mengejutkan.   19,425 kanak-kanak bawah 5 tahun di Tebing Barat kini disahkan mengalami malnutrisi akut merangkumi kes