Harapan Seorang Ibu Bernama Hanaa Saleh

Peperangan yang berlaku di Palestin telah memusnahkan kehidupan Hanaa Saleh dan keluarganya. Mereka terpaksa berpindah dari Tel al-Sultan tanpa sempat membawa apa-apa.

 

Hanaa bersama keluarganya terpaksa memulakan semula kehidupan mereka dalam serba kekurangan. Tiada tempat perlindungan yang sempurna dan mereka terpaksa menggunakan selimut sebagai tempat berlindung.

 

“Untuk mendapatkan sekeping roti pun amat sukar.”

 

Itulah antara kepayahan yang dilalui Hanaa Saleh dan keluarganya. Pakaian, makanan, air bersih dan keperluan tempat tidur menjadi antara perkara asas yang amat mereka perlukan namun masih belum dapat dipenuhi.

 

“Berkenaan bantuan tajaan yang diterima, alhamdulillah, bantuan ini sangat membantu kami.”

 

Alhamdulillah, bantuan tajaan yang diterima sedikit sebanyak meringankan beban keluarga ini. Namun, dengan kos kehidupan yang semakin tinggi, perjalanan mereka untuk membina semula kehidupan masih panjang.

 

Walaubagaimanapun, Hanaa hanya mengharapkan kehidupan yang lebih baik buat anak-anaknya. Dia ingin menyediakan khemah yang lebih selesa, tilam, selimut dan katil agar anak-anaknya dapat berehat dengan lebih baik.

 


 

 

“Saya berharap agar bantuan tajaan ini dapat diteruskan supaya saya dapat menggantikan khemah kami, membeli tilam, selimut dan katil untuk anak-anak.”

 

Di sebalik segala kesukaran, seorang ibu tidak pernah berhenti berharap.

 

 

Sumbangan tajaan anda bukan sekadar bantuan kewangan, tetapi juga sinar harapan untuk keluarga seperti Hanaa meneruskan kehidupan dengan lebih bermaruah.

 

Teruskan menyokong Kempen Penajaan Keluarga Asnaf Palestin MyCARE: https://mycare.qrd.by/sponsorshipyatim

 

Ringankan beban keluarga asnaf melalui: https://mycare.qrd.by/asnaf

 

Untuk maklumat lanjut, hubungi: Ruhaiza Musanip +60 13-744 4760 / +603-8941 2341

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Misi Kemanusiaan Syria & Lubnan 2026

Musim sejuk kini kembali menyelubungi bumi Syria dan Lubnan. Bagi jutaan pelarian yang berlindung di dalam khemah daif, ketibaan musim ini membawa ujian suhu beku

Winter Relief 2026: Selimutkan Daku

“Khemah, tempat tidur, pakaian, dan bekalan makanan kami semuanya tenggelam di bawah air banjir berlumpur.”Rintihan mangsa ini menjadi realiti pahit bagi lebih 100,000 orang pelarian

Bina masa depan untuk anak-anak

MyCARE Learning Centre (LC) di Kulai ini dibuka sejak tahun 2018. Hari ini ia berusia 8 tahun.   Ia merupakan sebuah pusat pembelajaran yang diusahakan