Sumbangan XM kepada MyCARE Learning Centre

Terima kasih kepada XM di atas sumbangan barangan bagi kelengkapan pembelajaran luar kelas untuk 3 cawangan MyCARE Learning Centre.

 

CEO XM; Stavri Morty, dan Constantina Stylianou, CSR Manager XM bersama dengan kakitangan XM yang berpengkalan di Greece dan Cyprus hadir bagi meraikan pelajar di MyCARE Learning Centre Seri Kembangan. Turut hadir Pengerusi MyCARE; Dato’ Seri Ir. Dr. Kamal Nasharuddin bagi mewakili MyCARE semasa majlis penyerahan tersebut.

 


 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Program kali ini merupakan salah satu aktiviti CSR XM bagi tahun ini untuk menyokong sistem pendidikan kepada mereka yang memerlukan.

 

Pihak XM telah memberi sumbangan sebanyak RM21,000 bagi kelengkapan pendidikan luar kelas seperti SMART TV, SMART projector, laptop, webcam, microphone, board games, bola sepak, set badminton, carrom, beg dan alatan tulis.

 

“Nurturing Humanity, Making A Difference.”

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Bina masa depan untuk anak-anak

MyCARE Learning Centre (LC) di Kulai ini dibuka sejak tahun 2018. Hari ini ia berusia 8 tahun.   Ia merupakan sebuah pusat pembelajaran yang diusahakan

Bantuan periuk baharu untuk ibu-ibu Gaza

Ibu-ibu di Gaza akan menggali runtuhan-runtuhan rumah mereka untuk mencari sisa peralatan yang masih boleh digunakan. Selagi boleh digunakan, mereka akan guna walaupun rosak, pecah