Makanan, kit kebersihan, pakaian dan yuran pendidikan merupakan antara keperluan penting yang diperlukan oleh anak-anak yatim di Syria.
Di sebalik kehidupan yang penuh cabaran, mereka tetap mempunyai impian dan harapan untuk masa depan.
Menerusi sepucuk surat, Abdulrahman Kassem Al Zoukani menyampaikan ucapan terima kasih kepada MyCARE dan penaja atas bantuan yang diterimanya.
“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada MyCARE atas tajaan yang telah membantu saya membayar yuran persekolahan dan merealisasikan impian saya untuk menjadi seorang anggota polis trafik.”
Alhamdulillah, tajaan yang diterima telah membantu Abdulrahman meringankan bebannya dan memberinya peluang untuk terus mengejar cita-cita.
Terima kasih kepada semua penaja yang terus menyokong perjalanan anak-anak yatim di Syria. Semoga setiap sumbangan menjadi asbab kebaikan dan membawa keberkatan buat semua.
Jom bersama MyCARE, taja anak yatim Syria:
https://mycare.qrd.by/sponsorshipyatim
atau hulurkan sokongan anda kepada anak yatim melalui:
https://mycare.qrd.by/bay
Untuk maklumat lanjut, hubungi:
Ruhaiza Musanip
+60 13-744 4760 / +603-8941 2341
Bina masa depan untuk anak-anak
MyCARE Learning Centre (LC) di Kulai ini dibuka sejak tahun 2018. Hari ini ia berusia 8 tahun. Ia merupakan sebuah pusat pembelajaran yang diusahakan