Sumbangan daging korban untuk pelarian Rohingya

Isnin-11 Julai 2022 bersamaan 11 Zulhijjah 1444 Hijrah.

 

Rezeki tidak salah alamat.

 

Begitulah perumpamaan yang boleh diungkapkan apabila hari ini sebanyak 126 pek/kg daging korban telah berjaya diedarkan oleh MyCARE Johor kepada 4 lokasi penempatan Rohingya sekitar Kulai dan Johor Bahru.

 

Jutaan terima kasih kepada penyumbang iaitu Takaful for Child Charity dan juga Puan Roha Hassan daripada MyCARE HQ yang telah sudi menyumbang seekor lembu bersamaan 76 pek/kg daging kepada warga Rohingya. Baki 50 pek/kg lagi adalah sumbangan tambahan daripada Dana Hidayah yang juga merupakan pelaksana bagi aktiviti korban pada kali ini.

 


 

 

 

Ucapan terima kasih juga buat Pengerusi Lembaga Pengelola MyC4RE Tn Hj Hassan Hussin, guru-guru MyC4RE iaitu Cikgu Shahidatul Akma dan Cikgu Izzaty yang membantu mengedarkan kepada 40 keluarga pelajar MyC4RE di sekitar Kulai Besar. Manakala penerima-penerima lain ialah Ustaz Aziz mewakili 30 keluarga di kawasan Perling Skudai Johor, Saudara Lala mewakili 28 keluarga dari Kampung Pandan Johor Bahru dan Saudara Syed Ahmad mewakili 28 keluarga dari Kg Baru Kangkar Pulai yang telah diserahkan sendiri oleh Cikgu Rozi, Pengurus MyCARE Johor bersama-sama En Saadon Suleiman Pengurus Operasi MyCARE Johor dan sukarelawan MyCARE saudara Mohd Asyraf Suleiman.

 

Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih juga tidak lupa untuk dititipkan kepada warga Dana Hidayah terutama tenaga penggeraknya iaitu Tuan Haji Ahmadon, Ustaz Jalani, Puan Ayu, Puan Masini dan semua yang terlibat kerana memberi ruang kepada MyCARE Johor untuk menyertai korban ini walaupun penyertaan pada saat-saat akhir. Tahniah kepada warga kerja Dana Hidayah yang begitu cemerlang dan profesional dalam menguruskan aktiviti korban kali ini.

 


 

 

 

 

Akhir sekali ucapan terima kasih buat semua yang terlibat samada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan korban pada hari ini. semoga sedikit sumbangan daging korban ini sedikit sebanyak dapat menyuntik keceriaan buat penerima yang merupakan asnaf miskin Rohingya Johor dalam menyambut Hari Raya Aidil Adha tahun ini.

 

MyCARE
“Nurturing Humanity, Making A Difference”

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Bantuan bakul makanan & persekolahan asnaf

Alhamdulillah, MyCARE telah berjaya menganjurkan Program Agihan Bakul Makanan dan Bantuan Persekolahan kepada golongan asnaf di Perkarangan Padang Sivik, Bandar Gua Musang dengan kerjasama Pejabat

MyCARE X HAI sedia tempat bersuci

Selepas Masjid Ar-Rawdah ranap sepenuhnya akibat serangan pada September 2025, ruang solat sementara yang didirikan penduduk tempatan tidak lagi mampu menampung keperluan asas sanitasi.  

Majlis Hi-Tea Kemanusiaan, Terengganu

Gaza memerlukan lebih daripada simpati. Gaza memerlukan tindakan kita.   Jom sertai Majlis Hi-Tea Kemanusiaan “Bersama Membina Gaza” bersama MyCARE Terengganu bagi mengumpulkan dana untuk