Perkongsian ilmu bersama rakan NGO

MyCARE telah diziarahi oleh 3 orang wakil dari NGO Harapan Hati Malaysia Berhad dalam rangka mempelajari dan mendalami selok-belok pengurusan terutama kewangan.

NGO ini berpangkalan di Bandar Baru Bangi, Selangor yang terlibat dalam menyalurkan bantuan kecemasan, kemanusiaan dan sokongan kebajikan di peringkat tempatan mahupun di peringkat antarabangsa.

Dalam pertemuan selama lebih 2 jam itu, MyCARE yang diwakili En. Noorsyazly Rameli dan En. Mohd Afiq Zharif A. Aziz dari sektor projek telah berkongsi gerak kerja MyCARE sedari awal penubuhan atas nama Aqsa Syarif pada 2010 sehingga kini atas nama MyCARE.

Antara yang dikongsikan adalah fasa-fasa peralihan struktur, pendidikan masyarakat tentang isu-isu kemanusiaan, transformasi sistem, tatakelola organisasi, gerak kerja kempen, garis panduan kutipan sumbangan dan pendanaan serta pengurusan projek.

MyCARE sentiasa mengalu-alaukan sebarang kerjasama dengan mana-mana organisasi bagi meluaskan jaringan fungsi selain dapat mewujudkan sinergi bersama dalam isu-isu kemanusiaan demi mencapai misi, visi dan objektif MyCARE.

“Nurturing Humanity, Making a Difference.”

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Beri peluang pendidikan kepada anak Gaza

Hampir 98% bangunan sekolah di Gaza kini hancur menjadi debu runtuhan.   Menurut laporan antarabangsa, seramai 1.5 juta kanak-kanak Palestin kini dinafikan akses kepada pendidikan

Kunjungan hormat Duta Palestin

MyCARE telah menyambut kunjungan hormat Duta Palestin H.E. Jehad Fouad alQedra ke pejabat MyCARE.   Sesi pertemuan ini menyaksikan perkongsian isu terkini di Palestin, Gaza