[PalestinDiserang] Belasungkawa petugas Al-Khair Foundation

Lapan petugas dari salah satu rakan NGO pelaksana MyCARE di Gaza, al-Khair Foundation telah syahid dalam serangan dron pengganas Israel semalam ketika mereka sedang menguruskan pendirian khemah untuk penduduk utara Gaza di Bait Lehia.

Al-Khair Charity Foundation adalah sebuah NGO kemanusian yang berdaftar di UK dan mempunyai petugas tempatan di dalam Gaza. Mereka menjadi pelaksana kepada pelbagai NGO antarabangsa dan NGO-NGO dari Malaysia termasuk MyCARE.

MyCARE telah lama mempunyai hubungan kerjasama dgn Al-Khair dan sepertimana mereka melaksana projek-projek untuk MyCARE di Gaza, MyCARE pula melaksanakan projek-projek bagi pihak al-Khair di Malaysia.
Untuk Ramadhan tahun al-Khair telah menyalurkan hampir RM60,000 untuk agihan bantuan di Malaysia melalui MyCARE seperti pek makanan, iftar dan hadiah hari raya.

MyCARE merakamkan ucapan takziah kepada keluarga para syuhada’ dan al-Khair Foundation dengan doa semoga mereka diganjari dengan sebaik-baik ganjaran di sisi Allah.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Bagaimana Bantuan Masuk ke Gaza?

Bagi menjawab kemusykilan rakyat Malaysia yang melihat video-video bantuan MyCARE di Gaza dari Oktober 2023 dan tetap berjalan sehingga sekarang, Pengurus Kanan Projek MyCARE, Haji

Bantuan susu formula bayi

Data rasmi UNICEF (Ogos 2026) mencatatkan angka yang mengejutkan.   19,425 kanak-kanak bawah 5 tahun di Tebing Barat kini disahkan mengalami malnutrisi akut merangkumi kes

Walk for Humanity: Giving Hope

Jom ramai-ramai meriahkan Walk For Humanity yang julung kali diadakan di Pahang! Selain aktiviti briskwalk, kami juga bawakan kepada anda pelbagai aktiviti menarik seperti cabutan