MyCARE X Econsave agih air minum

MyCARE dengan kerjasama Islamic Society of Beit Lahia dan sokongan pembiayaan daripada Econsave telah berjaya melaksanakan Projek Pengagihan Air Minum di kawasan Beit Lahia, Gaza.

 

Projek ini dijalankan dari 8 Februari 2025 hingga 22 Februari 2025, dengan tujuan utama untuk mengatasi kekurangan air minum di kawasan utara Gaza yang terjejas teruk akibat konflik yang berpanjangan.

 

Sebanyak 210,000 liter air telah diagihkan dalam tempoh 14 hari menggunakan tiga lori tangki air, yang masing-masing membawa 5,000 liter air setiap hari.

 

Projek ini memberi manfaat kepada lebih 70,000 penduduk yang terdiri daripada keluarga-keluarga berlindung di sekolah, kem pelarian, dan kawasan perumahan yang rosak teruk. Mereka yang terpaksa menempuh jarak jauh untuk mendapatkan air bersih kini dapat menikmati akses air yang lebih mudah dan selamat.

 

Pencapaian Utama Projek:

 

Pengagihan 210,000 liter air
– Memberikan kelegaan kepada lebih 70,000 penduduk yang terjejas.

 

Membantu pemulihan kesihatan
– Air yang bersih mengurangkan risiko penyakit bawaan air yang berbahaya.

 

Mengurangkan beban perjalanan harian
– Penduduk kini tidak perlu lagi menempuh jarak jauh untuk mencari air.

 

Membantu pemulihan komuniti
– Memberikan harapan baru dan sokongan kepada usaha membina semula rumah dan kehidupan mereka.

 


 

 

Walaupun menghadapi cabaran besar dalam hal logistik, akses yang terhad, dan kerosakan infrastruktur, projek ini berjaya dilaksanakan dengan kerjasama rapat antara MyCARE Gaza, Islamic Society of Beit Lahia, serta sukarelawan yang memainkan peranan penting dalam memastikan pengagihan air berjalan lancar.

 
Tonton video
 

MyCARE ingin merakamkan penghargaan yang setinggi-tingginya kepada Econsave atas sokongan yang sangat bermakna dan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan projek ini.

 

Terima kasih kepada para sukarelawan dan pemimpin komuniti yang bekerja tanpa mengenal penat lelah demi memastikan setiap keluarga di Beit Lahia mendapat akses kepada air bersih yang sangat diperlukan.

 

Dengan sokongan anda, kami terus memberi harapan kepada mereka yang memerlukan.

 

Semoga usaha ini menginspirasikan lebih banyak perubahan positif di Gaza dan kawasan-kawasan lain yang terjejas.

 

Ayuh bersedekah kepada mereka yang memerlukan sempena bulan Ramadan ini.

 

Jangan lupa save, bookmark, forward link kempen MyRamadan 2025 ini:

 

ATAU

 

Humanitarian Care Malaysia Berhad
CIMB : 8602 135 592
Rujukan: ramadan

 

Hantar bukti pembayaran jika melalui bank transfer ke:

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Bantuan bakul makanan & persekolahan asnaf

Alhamdulillah, MyCARE telah berjaya menganjurkan Program Agihan Bakul Makanan dan Bantuan Persekolahan kepada golongan asnaf di Perkarangan Padang Sivik, Bandar Gua Musang dengan kerjasama Pejabat

MyCARE X HAI sedia tempat bersuci

Selepas Masjid Ar-Rawdah ranap sepenuhnya akibat serangan pada September 2025, ruang solat sementara yang didirikan penduduk tempatan tidak lagi mampu menampung keperluan asas sanitasi.  

Majlis Hi-Tea Kemanusiaan, Terengganu

Gaza memerlukan lebih daripada simpati. Gaza memerlukan tindakan kita.   Jom sertai Majlis Hi-Tea Kemanusiaan “Bersama Membina Gaza” bersama MyCARE Terengganu bagi mengumpulkan dana untuk