Jom bina semula Gaza!

Di sebalik debu dan runtuhan konkrit yang memusnahkan penempatan di Gaza, ribuan keluarga terpaksa bertahan hidup di bawah khemah serba daif.

Kanak-kanak menangis kelaparan, mangsa cedera memerlukan rawatan segera, dan para ibu bapa bergelut mencari seteguk air bersih untuk meneruskan hari esok.

Kemusnahan fizikal mungkin meragut kediaman mereka, namun tekad rakyat Palestin untuk kekal di tanah air sendiri tidak pernah luntur.

Fasa membina semula kehidupan ini memerlukan sokongan padu kita bersama.

Melalui kempen Projek Bina Semula Gaza, sumbangan anda disalurkan secara bersasar meliputi:

– Jaminan bekalan makanan harian dan pek bakul makanan keluarga bagi mengekang krisis kebuluran.
– Bekalan air bersih bertapis melalui lori tangki serta pemulihan infrastruktur telaga air komuniti.
– Tempat perlindungan selamat merangkumi khemah perlindungan kecemasan, kanvas tarpaulin, tilam, dan selimut tebal.
– Bantuan perubatan kecemasan termasuk kos pembedahan dan penyediaan anggota kaki atau tangan palsu untuk mangsa yang tercedera.
– Penajaan sara hidup bulanan bagi anak-anak yatim dan keluarga asnaf yang kehilangan punca pendapatan.
– Pemulihan sektor pendidikan melalui penyediaan khemah sekolah sementara serta tajaan tahunan persekolahan.

Ayuh bina semula Gaza di:
https://mycare.qrd.by/rebuildingpalestin

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Agihan bakul sayuran & buah segar

Sanggupkah seorang ibu melihat anak kecilnya menangis kebuluran tanpa khasiat sayur segar berbulan lamanya?   Data rasmi agensi tempatan menunjukkan lebih 85% tanah pertanian di

Bantuan bakul makanan & persekolahan asnaf

Alhamdulillah, MyCARE telah berjaya menganjurkan Program Agihan Bakul Makanan dan Bantuan Persekolahan kepada golongan asnaf di Perkarangan Padang Sivik, Bandar Gua Musang dengan kerjasama Pejabat