Tabung Kecemasan Banjir Nepal

Bagaimanakah seorang ibu mampu menatap sisa lumpur apabila rumah dan anak kecilnya dihanyutkan arus sekelip mata?

 

Lembah Bhote Koshi yang dahulunya tenang kini bertukar menjadi padang jarak padang tekukur dalam hanya beberapa minit sahaja. Arus lumpur pekat bersama runtuhan batu gunung meranapkan kediaman tanpa memberi peluang kepada penduduk untuk melarikan diri.

 

Menurut kenyataan rasmi Kementerian Hal Ehwal Luar Nepal, seramai 359 mangsa disahkan terkorban. Selain itu, rekod NDRRMA menunjukkan seramai 10,000 keluarga terputus bekalan hidup apabila 35 jambatan utama runtuh dihanyutkan banjir.

 


 

 

 

Terdorong oleh rasa tanggungjawab kemanusiaan, MyCARE bertindak pantas menyalurkan bekalan makanan asas dan air bersih bernilai USD5,000. Namun, keperluan semakin mendesak dan kita perlu bersama-sama menyahut pemintaan mereka.

 

“Dan tolong-menolonglah kamu dalam mengerjakan kebajikan dan takwa…” [Surah Al-Ma’idah: 2]

 
TONTON VIDEO
 

Penyaluran segera ini menjadi keutamaan kritikal bagi membendung krisis kebuluran dan wabak penyakit di kawasan terpencil.

 

Ayuh bersama meringankan beban mangsa-mangsa banjir di Nepal.

 

Semoga setiap sumbangan ikhlas anda menjadi perisai daripada musibah serta mengembalikan sinar harapan buat mereka.

 

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Beri peluang pendidikan kepada anak Gaza

Hampir 98% bangunan sekolah di Gaza kini hancur menjadi debu runtuhan.   Menurut laporan antarabangsa, seramai 1.5 juta kanak-kanak Palestin kini dinafikan akses kepada pendidikan

Kunjungan hormat Duta Palestin

MyCARE telah menyambut kunjungan hormat Duta Palestin H.E. Jehad Fouad alQedra ke pejabat MyCARE.   Sesi pertemuan ini menyaksikan perkongsian isu terkini di Palestin, Gaza