Berziarah ke kem pelarian


 

Azaz, Syria

 

Terlalu daif, itu keadaan yang dapat digambarkan oleh ahli Misi Kemanusiaan Syria MyCARE dan Econsave ketika menjejakkan kaki ke kem-kem pelarian di Azaz, Syria yang menempatkan ratusan keluarga pelarian yang hidup menderita di tanah air sendiri.

 

Sebaik melepasi sempadan Syria dari Turkiye, ahli misi telah dibawa terus ke kem pelarian di Azaz.

 

Tergamam melihat khemah usang yang didiami ratusan keluarga di sini tanpa fasiliti asas yang mencukupi.

 

Namun, keceriaan anak-anak serta kecekalan para wanitanya, membuktikan betapa mereka berusaha melupakan dan meneruskan kehidupan daripada episod penderitaan yang mereka alami.

 

Di kem ini, Misi Kemanusiaan Syria MyCARE dan Econsave telah mengedarkan barang-barang makanan harian, peralatan sekolah dan beberapa barangan keperluan lain sebelum bergerak ke destinasi lain.

 

Selain khemah pelarian, ahli misi turut mengunjungi beberapa keluarga susah yang terpilih di sekitar Azaz yang disenarai pendek oleh Ataa Foundation, rakan strategik MyCARE di Syria.

 

Setiap keluarga turut menerima sumbangan wang tunai kira-kira RM500 dan kehidupan mereka akan terus dipantau pihak Ataa Foundation untuk sebarang bantuan dan keperluan seterusnya.

 

Setiap keluarga di sini menyimpan kisah duka mereka sendiri. Ada antara mereka yang cacat anggota, hilang penglihatan hatta, kehilangan ahli keluarga akibat peperangan.

 

Sebarang sumbangan untuk Syria melalui MyCARE JOHOR boleh disalurkan ke akaun seperti di bawah:

 

8602135592 (CIMB)

 

Rujukan/reference: 4S

 

Hantarkan slip sumbangan anda ke:

 

019-745 8517 (Rozi bin Abd Ghani)
018-967 7215 (Saadon Suleiman)

 

MyCARE
“Nurturing Humanity, Making a Difference”

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Bantuan bakul makanan & persekolahan asnaf

Alhamdulillah, MyCARE telah berjaya menganjurkan Program Agihan Bakul Makanan dan Bantuan Persekolahan kepada golongan asnaf di Perkarangan Padang Sivik, Bandar Gua Musang dengan kerjasama Pejabat

MyCARE X HAI sedia tempat bersuci

Selepas Masjid Ar-Rawdah ranap sepenuhnya akibat serangan pada September 2025, ruang solat sementara yang didirikan penduduk tempatan tidak lagi mampu menampung keperluan asas sanitasi.  

Majlis Hi-Tea Kemanusiaan, Terengganu

Gaza memerlukan lebih daripada simpati. Gaza memerlukan tindakan kita.   Jom sertai Majlis Hi-Tea Kemanusiaan “Bersama Membina Gaza” bersama MyCARE Terengganu bagi mengumpulkan dana untuk