Baik pulih telaga Gaza

Alhamdulillah,, MyCARE berjaya melaksanakan Projek Kecemasan Pemulihan Infrastruktur Air dengan membaik pulih sebuah telaga air berkapasiti kecil yang menjadi sumber bekalan utama penduduk.

 

Lokasi: Al-Qararah, Khan Younis, Gaza
Penerima manfaat: Kira-kira 500 keluarga melibatkan 3,000 penduduk

 

Kerja-kerja pemulihan merangkumi pembersihan telaga daripada pasir dan mendapan, pemasangan pam baharu, sistem kawalan elektrik, perlindungan haba untuk pam serta pembinaan saluran paip sepanjang 100 meter bagi mengalirkan air terus kepada komuniti setempat.

 

Kini, telaga tersebut kembali beroperasi dan membekalkan air bersih kepada keluarga yang sebelum ini hidup dengan bekalan air yang amat terhad.

 


 

 

 

 

Lebih daripada itu, projek ini turut membantu mengurangkan risiko penyakit bawaan air, mengurangkan kebergantungan kepada bekalan air berbayar serta membolehkan keluarga menggunakan wang yang ada untuk keperluan lain seperti makanan dan ubat-ubatan.

 

 

Terima kasih kepada semua penyumbang MyCARE yang terus menjadi asbab rakyat Gaza memperoleh keperluan paling asas untuk meneruskan kehidupan.

 

Semoga setiap titisan air yang mengalir daripada telaga ini menjadi amal jariah yang berpanjangan buat semua yang menghulurkan sumbangan.

 

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Majlis Hi-Tea Kemanusiaan, Terengganu

Gaza memerlukan lebih daripada simpati. Gaza memerlukan tindakan kita.   Jom sertai Majlis Hi-Tea Kemanusiaan “Bersama Membina Gaza” bersama MyCARE Terengganu bagi mengumpulkan dana untuk

MyCARE Road Tour 4.0 kembali lagi!

Dari hujung bulan Julai hingga November 2026, kami akan menjelajah ke seluruh Malaysia membawa satu misi yang lebih besar, lebih mendalam dan lebih bermakna.Tahun ini,