Pembedahan untuk pesakit Gaza

Di Gaza hari ini, mendapatkan rawatan pembedahan bukan sesuatu yang mudah. Lebih-lebih lagi kepada keluarga dalam kategori miskin dan rentan.

 

Hospital beroperasi dalam keadaan yang sangat mencabar. Bekalan perubatan terhad, kapasiti hospital semakin berkurangan dan jumlah pesakit terus meningkat setiap hari akibat peperangan yang berpanjangan.

 

MyCARE dengan kerjasama Medics World Wide telah melaksanakan Projek Pembedahan untuk Pesakit dan Mangsa Cedera di Gaza bagi membantu mereka yang memerlukan rawatan segera.

 

Alhamdulillah, bagi Fasa 1 yang sedang berlangsung di Public Aid Hospital, sebanyak 28 pembedahan telah berjaya dilaksanakan dalam tempoh 10 hari pertama pelaksanaan projek.

 

Pecahan pembedahan:

 

– 20 pembedahan minor
– 6 pembedahan sederhana
– 2 pembedahan major

 

Antara prosedur yang berjaya dilaksanakan termasuk rawatan hernia, tonsilektomi, tongue tie, cryptorchidism, orchiopexy dan hypospadias yang melibatkan kanak-kanak serta pesakit yang memerlukan intervensi segera.

 

Selain kos pembedahan, para pesakit turut menerima ubat-ubatan dan rawatan susulan bagi memastikan proses pemulihan dapat berjalan dengan baik.

 

Bagi sesetengah pesakit, hernia bukan sekadar masalah kesihatan biasa. Jika tidak dirawat, keadaan ini boleh menyebabkan usus terperangkap dan kehilangan bekalan darah, sekali gus mengundang komplikasi serius yang memerlukan rawatan kecemasan.

 

Dalam situasi perang yang berpanjangan, banyak keluarga tidak mampu mendapatkan rawatan tepat pada masanya kerana kekurangan kemudahan dan kos perubatan yang tinggi.

 


 

 

 

 

 

 

Projek ini bertujuan membantu pesakit yang tidak mampu menanggung kos rawatan, mengurangkan senarai menunggu pembedahan serta meringankan beban hospital yang terus menerima kemasukan pesakit setiap hari.

 

Namun cabarannya masih besar.

 

Ramai pesakit masih menunggu giliran pembedahan. Sebahagian hospital tidak lagi dapat beroperasi sepenuhnya akibat kemusnahan dan kekurangan bekalan perubatan. Ada juga pesakit yang terpaksa menangguhkan rawatan kerana berpindah-randah mencari tempat perlindungan yang lebih selamat.

 

Alhamdulillah, projek yang disokong oleh rakyat Malaysia ini mensasarkan sebanyak 114 pembedahan untuk pesakit dan mangsa yang cedera di Gaza.

 

Terima kasih kepada semua penyumbang yang terus bersama MyCARE dalam memastikan rakyat Gaza mendapat akses kepada rawatan yang amat mereka perlukan.

 

Semoga setiap sumbangan menjadi asbab kesembuhan, kelegaan dan harapan buat mereka yang sedang diuji.

 

Bantu kami untuk bantu lebih ramai lagi saudara-saudara kita di Gaza.

 

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Perbincangan Palestin daripada sudut agama

Apa yang anda lakukan di kala genosid masih berterusan?   Sebuah persidangan yang dianjurkan oleh Freedom Flotilla Coalition dengan kerjasama organisasi-organisasi tempatan seperti Donne per

Meneruskan perjuangan Mavi Marmara

Ibu Pejabat MyCARE di Seri Kembangan berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada Beheşti İsmail Songür, Presiden Mavi Marmara Foundation, Abdul Mejid, Pengarah Bahagian Antarabangsa, dan

Beri peluang pendidikan kepada anak Gaza

Hampir 98% bangunan sekolah di Gaza kini hancur menjadi debu runtuhan.   Menurut laporan antarabangsa, seramai 1.5 juta kanak-kanak Palestin kini dinafikan akses kepada pendidikan