Agihan bantuan pek makanan di PPR Kampung Muhibah

Humanitarian Care Malaysia telah menyalurkan bantuan kepada rakyat Malaysia B40 yang terkesan akibat pandemik COVID-19 di Blok C, PPR Kampung Muhibah, Kuala Lumpur.

Sebanyak 30 pek makanan telah disalurkan kepada 30 buah keluarga.

Pek sumbangan ini mengandungi makanan asas seperti beras, sayur-sayuran, minyak, gula, tepung dan lain-lain.

Penerima manfaat di sini sangat gembira atas penerimaan sumbangan kerana ianya membantu meringankan beban mereka di musim Perintah Kawalan Pergerakan

Pihak MyCARE mengucapkan jutaan terima kasih kepada para dermawan MyCARE yang telah bersama dalam Tabung Bangkit COVID-19 MyCARE.

Rakyat Malaysia yang prihatin boleh menyalurkan sumbangan anda ke:
https://mycare.qrd.by/covid

Suka untuk kami kongsikan pengurusan sumbangan anda melalui MyCARE diuruskan dengan amanah. Kami di-audit oleh top 5 firma terbaik antarabangsa iaitu firma BDO serta laporan kewangan boleh didapatkan di SSM setiap tahun.

Pengiktirafan lain seperti pengiktirafan dari Bank Negara Malaysia dan United Nation boleh rujuk di laman web MyCARE.

“Nurturing Humanity, Making a Difference.”

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Bina masa depan untuk anak-anak

MyCARE Learning Centre (LC) di Kulai ini dibuka sejak tahun 2018. Hari ini ia berusia 8 tahun.   Ia merupakan sebuah pusat pembelajaran yang diusahakan

Bantuan periuk baharu untuk ibu-ibu Gaza

Ibu-ibu di Gaza akan menggali runtuhan-runtuhan rumah mereka untuk mencari sisa peralatan yang masih boleh digunakan. Selagi boleh digunakan, mereka akan guna walaupun rosak, pecah