Bantuan Kecemasan Afghanistan

Dunia menyaksikan pemandangan mengerikan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kabul di mana beratus-ratus orang awam mengambil jalan untuk berhijrah dari Afghanistan setelah negara itu jatuh kepada Taliban.

Setelah 20 tahun Afghanistan di bawah penjajahan Amerika serta perang yang berterusan, keperluan kemanusiaan adalah sangat kritikal. Lebih teruk kalau diambil-kira sistemdan infrastruktur negara yang telah hancur sejak penaklukkan Soviet pada 1979. Sejak 40 tahun yang lalu, Afghanistan berada di dalam keadaan perang yang tidak pernah terhenti. Akibatnya hari ini dianggarkan terdapat 4 juta pelarian dalam negeri (Internally Displaced People) di Afghanistan. Realitinya, mereka ini hidup di bawah khemah-khemah kanvas demi menyelamatkan nyawa.Mereka perlu dibantu untuk kembali ke kampung halaman dan membina semula kehidupan.

Setelah mendapat khidmat dari pakar-pakar on the ground mengenai konflik kemanusiaan terkini di sana, MyCARE membuka Tabung Bantuan Kecemasan Afghanistan untuk memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk menyantuni saudara-saudara kita di sana. MyCARE merangka bantuan yang akan disalurkan kepada Internally Displaced People (IDPs) di sekitar Kabul. Apa yang merisaukan kepada pelarian yang tinggal di khemah-khemah adalah musim sejuk bakal tiba di mana suhu boleh mencecah -20 Celsius.

Ayuh bersama ringankan beban mereka di:
mycare.qrd.by/afghanistan

Humanitarian Care Malaysia Berhad

CIMB Islamic 8602 13 5592

Rujukan: Afghanistan

Sila hantarkan maklumat ke email campaign@mycare.org.my atau Whatsapp ke wasap.my/60189089282

“Nurturing Humanity, Making a Difference.”

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Bantuan bakul makanan & persekolahan asnaf

Alhamdulillah, MyCARE telah berjaya menganjurkan Program Agihan Bakul Makanan dan Bantuan Persekolahan kepada golongan asnaf di Perkarangan Padang Sivik, Bandar Gua Musang dengan kerjasama Pejabat

MyCARE X HAI sedia tempat bersuci

Selepas Masjid Ar-Rawdah ranap sepenuhnya akibat serangan pada September 2025, ruang solat sementara yang didirikan penduduk tempatan tidak lagi mampu menampung keperluan asas sanitasi.  

Majlis Hi-Tea Kemanusiaan, Terengganu

Gaza memerlukan lebih daripada simpati. Gaza memerlukan tindakan kita.   Jom sertai Majlis Hi-Tea Kemanusiaan “Bersama Membina Gaza” bersama MyCARE Terengganu bagi mengumpulkan dana untuk