Bantuan pek makanan kepada Veteran Kastam

KUALA LUMPUR, 19 Ogos 2021 – Mengambil momen Hari Pahlawan dan bulan Kemerdekaan, MyCARE mengambil inisiatif untuk menyalurkan bantuan kepada para veteran pasukan keselamatan bagi mengenang jasa mereka yang telah berjuang demi kedaulatan negara dan berkhidmat untuk masyarakat Malaysia.

MyCARE telah dan sedang menyalurkan sumbangan pek makanan kepada 8 pasukan keselamatan iaitu TUDM, TLDM, PDRM, Komando, Bomba, ATM, Kastam dan Penjara.

Penyaluran ketujuh telah diserahkan kepada Persatuan Bekas Kastam Malaysia di Bukit Persekutuan.

Sebanyak 50 pek makanan untuk 50 buah keluarga veteran Kastam diserahkan oleh Ketua Projek MyCARE, Tuan Haji Kamarul Halim disaksikan Dato’ Abd Rahman Manan, Presiden PERBEKAS.

Para penerima manfaat terdiri daripada golongan yang terjejas akibat pandemik COVID-19. Pek makanan ini mengandungi beras, minyak, telur, tepung, bihun, gula, bawang, kentang, ikan bilis, susu pekat, teh, dan lain-lain.

Semoga bantuan ini dapat meringankan beban mereka walaupun tidak tertanding dengan sumbangan besar mereka untuk negara. Diharap inisiatif ini menjadi tanda bahawa rakyat Malaysia tidak melupakan mereka yang telah berjasa.

“Nurturing Humanity, Making a Difference.”

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Bina masa depan untuk anak-anak

MyCARE Learning Centre (LC) di Kulai ini dibuka sejak tahun 2018. Hari ini ia berusia 8 tahun.   Ia merupakan sebuah pusat pembelajaran yang diusahakan

Bantuan periuk baharu untuk ibu-ibu Gaza

Ibu-ibu di Gaza akan menggali runtuhan-runtuhan rumah mereka untuk mencari sisa peralatan yang masih boleh digunakan. Selagi boleh digunakan, mereka akan guna walaupun rosak, pecah