Ibu-ibu di Gaza akan menggali runtuhan-runtuhan rumah mereka untuk mencari sisa peralatan yang masih boleh digunakan. Selagi boleh digunakan, mereka akan guna walaupun rosak, pecah atau berkarat. Ada juga mereka terpaksa meminjam peralatan dari jiran khemah mereka.
Periuk baru, bukan lagi dalam senarai keinginan mereka. Duit yang ada lebih baik beli barangan yang lebih penting. Namun, kuali dan periuk yang berkarat dan calar mempunyai risiko yang boleh membahayakan kesihatan keluarga mereka.
Bagi mengisi kelompongan yang mungkin ramai terlepas pandang, MyCARE melaksanakan agihan peralatan dapur dengan dana peruntukan sebanyak USD 26,000.
Inisiatif ini menyantuni seramai 200 buah keluarga asnaf merangkumi sekurang-kurangnya 1,200 orang individu di kem pelarian. Keutamaan diberikan kepada keluarga besar dengan tanggungan melebihi 6 orang yang kehilangan tempat tinggal.
Setiap rumah dibekalkan set lengkap periuk, kuali, cerek, pinggan, sudu, dan bekas simpanan makanan. Walaupun usaha ini nampak kecil, kami bangga dapat memberikan semangat untuk ibu-ibu berjuang menyediakan makanan kepada keluarga mereka.
Rasulullah SAW bersabda: “Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi manusia lain.” (Riwayat al-Tabarani).
Jutaan terima kasih kami zahirkan kepada para penderma budiman atas ihsan berterusan bersama MyCARE, yang memberi keselesaan kepada para ibu di Gaza.
Ayuh teruskan membantu di: https://mycare.qrd.by/rebuildingpalestin