MyCARE Rasmi Ditubuhkan Sebagai Pasukan Simpanan Pertahanan Awam

Alhamdulillah, hari ini menandakan satu lagi detik bersejarah buat Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) dalam memperkukuh kapasiti bantuan kecemasan dan pengurusan bencana di tanah air.

 

MyCARE secara rasminya menerima Sijil Penubuhan Civil Defence Auxiliary (CDA) di bawah nama CDA-HUMSERV MyCARE sempena Majlis Perhimpunan Setia dan Sambutan Hari Ulang Tahun Pertahanan Awam (HUTPA) Peringkat Negeri Selangor.

 

Pihak MyCARE telah diwakili oleh Pengurus Projek, En. Noorsyazly Rameli sebagai penerima watikah penubuhan tersebut.

 

Watikah bersejarah ini telah disempurnakan dan diserahkan oleh YAS Pj. (PA) Ghazali Bin Abd Rahman, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Angkatan Pertahanan Awam Malaysia merangkap perasmi majlis, serta disaksikan oleh YS Kol. (PA) Fazlisyah bin Muslim, Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Selangor bertempat di Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz Shah, Shah Alam.

 


 

 

 

 

 

Melalui penubuhan CDA-HUMSERV MyCARE ini, sukarelawan MyCARE kini diintegrasikan secara rasmi sebagai pasukan simpanan sokongan APM. Inisiatif strategik ini bakal memantapkan lagi koordinasi di lapangan menerusi latihan kemahiran menyelamat, pertolongan cemas, serta kesiapsiagaan operasi bencana negara secara tersusun dan berdisiplin.

 

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), khususnya APM Negeri Selangor, atas kepercayaan serta pengiktirafan ini.

 

Semoga jalinan kerjasama ini menyemarakkan lagi iltizam MyCARE untuk berkhidmat kepada masyarakat dengan lebih cekap, pantas, dan bersiap siaga tatkala ujian bencana melanda.

 

“Nurturing Humanity, Making a Difference.”

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Bagaimana Bantuan Masuk ke Gaza?

Bagi menjawab kemusykilan rakyat Malaysia yang melihat video-video bantuan MyCARE di Gaza dari Oktober 2023 dan tetap berjalan sehingga sekarang, Pengurus Kanan Projek MyCARE, Haji

Perkongsian ilmu bersama rakan NGO

MyCARE telah diziarahi oleh 3 orang wakil dari NGO Harapan Hati Malaysia Berhad dalam rangka mempelajari dan mendalami selok-belok pengurusan terutama kewangan. NGO ini berpangkalan