Terpaksa tinggalkan negara akibat perang

“Perang memusnahkan segala-galanya. Perang ini juga membuatkan kita (Syria) tidak bersatu padu lagi. Semuanya telah musnah.”

 

Begitu luahan Dr. Rabeah Aldouh, 31, tentang konflik yang sudah berlarutan 11 tahun itu.

 

Dr. Rabeah merupakan salah seorang pejuang wanita Syria yang telah terpaksa meninggalkan tanah airnya pada usia 21 tahun untuk menyelamatkan diri dan membina kehidupan baru di Turkiye.

 

 

 

“Universiti tempat saya melanjutkan pengajian teruk dibedil bom. Ramai rakan-rakan saya ditahan tanpa usul periksa. Tempat kelahiran saya di Hama juga teruk dibedil bom.”

 

Rose2Rose telah menaja 3 pelajar wanita Syria yang menetap di Turkiye setelah melarikan diri dari negara asal akibat peperangan, salah seorangnya ialah Dr.Rabeah Aldouh, beliau merupakan graduan lulusan perubatan yang kini telah bergelar seorang doktor dan berkhidmat di salah sebuah hospital di Turkiye.

 

Dua orang pelajar wanita lagi yang ditaja merupakan pelajar dalam bidang pergigian dan nutrisi. Anggaran penyaluran bantuan melalui agensi Rose2Rose MyCARE ini lebih daripada RM 300,000.

 

Team Misi Kemanusiaan Syria MyCARE dan Econsave sempat mengenali dengan dekat Dr. Rabeah dan bagaimana beliau melalui perjalanan yang jauh dan getir sehingga akhirnya berjaya menjadi seorang doktor perubatan.

 

Sebarang sumbangan untuk Syria melalui MyCARE JOHOR boleh disalurkan ke akaun seperti di bawah:

 

8602135592 (CIMB)

 

Rujukan/reference: 4S

 

Hantarkan slip sumbangan anda ke:

 

019-745 8517 (Rozi bin Abd Ghani)
018-967 7215 (Saadon Suleiman)

 

MyCARE
“Nurturing Humanity, Making a Difference”

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Kempen Bencana Sumatera

Di saat kita berlindung dengan selesa, ada saudara kita di Sumatera yang sedang melalui hari-hari penuh ujian. Rumah rosak, keperluan terhad, dan harapan diuji satu

MyRamadan 2026

Ramadan kian menghampiri. Inilah bulan ibadah yang dinanti, saat kita berlumba-lumba melakukan kebaikan kerana setiap amal diganjarkan dengan pahala berlipat ganda.   Seiring hadirnya bulan

Bantuan MyCARE masuk Utara Gaza

Alhamdulillah! Dua buah lori konvoi berjaya memasuki Utara Gaza dan Bandar Gaza membawa bantuan awal bagi pemulihan penduduk yang terus terkesan oleh krisis kemanusiaan berpanjangan.