Wanita PERKIM Seremban & MyCARE sasar RM1 juta bagi Save Humanity

SEREMBAN, 11 Apr 2017 – Wanita PERKIM Seremban dengan kerjasama Rumah Ngaji Negeri Sembilan dan Rose2Rose, agensi di bawah Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) mengorak langkah dalam meluaskan program bantuan kemanusiaan apabila melancarkan Global Campaign Save Humanity Palestine,Syria & Rohingya (GCSH-PSR) hari ini.
Menurut Hajjah Gharizah Hj Hashim,Pengerusi Wanita PERKIM Seremban ini merupakan kempen jelajah amal untuk memberi penerangan realiti kehidupan mangsa-mangsa peperangan di negara bergolak Palestin, Syria dan Rohingya.



Lagi gambar-gambar di album MyCARE
“Kami terpanggil untuk melaksanakan tanggungjawab dan dakwah untuk membantu mereka di sana dengan kerjasama Rose2Rose dan MyCARE.”
“Beberapa program akan diajalankan sepanjang kempen ini berlangsung antaranya Gala Charity Dinner, Galeri Pameran Kemanusiaan MyCARE dan jualan amal PERKIM. Semua kutipan khusus untuk tabung Rose2Rose.”
Sehubungan itu, Wanita PERKIM Seremban menandatangani perjanjian memorandum bersama MyCARE melancarkan kempen (GSCH-PSR) dan menyasarkan kutipan RM 1 juta untuk disalurkan ke negara bergolak berkenaan.
Sementara itu, Dr Fauziah Mohd Hasan, Ahli Lembaga Pemegang Amanah MyCARE juga merangkap Penasihat Rose2rose menyambut baik usaha PERKIM untuk sama-sama membantu penduduk Palestin, Syria dan Rohingya.
“Di Gaza terdapat kira-kira dua juta yang masih terkepung. Peranan kita semua dalam menyelamatkan isu kemanusiaan amat besar.”
“Setiap hari ada pengeboman dan pembunuhan berlaku, namun dunia tidak nampak.”
Menurut Dr Fauziah, sudah tiba masanya semua lapisan masyarakat menganggap usaha membantu rakyat Palestin, Syria dan Rohingya sebagai satu tanggungjawab bersama dan bukannya atas dasar sukarelawan semata-mata.
“Setiap ringgit yang kita sumbangkan sangat bermakna walaupun satu ringgit kerana ia akan mengubah kehidupan mereka biarpun ia tidak akan sama seperti dulu,” katanya.
Majlis Makan Malam Amal Gala Charity Dinner yang akan berlangsung pada Sabtu, 22 April 2017, jam 8.00 malam bertempat di Hotel Royal Bintang & SPA Seremban ini nanti akan turut disertai oleh Ann Wright, bekas diplomat USA yang juga Ketua Misi Women Boat to Gaza 2016.
Untuk maklumat lanjut boleh hubungi Hajjah Gharizah hj Hashim di talian 017-351 2144 dan bagi mereka yang ingin menyumbang boleh menyalurkan bantuan atas nama Wanita Perkim Cawangan Daerah Seremban melalui akaun 0501 2010 0700 45.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

EDU TRIP 2026: Pendidikan Tanpa Sempadan

Setiap anak berhak merasai pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan dan bermakna. Melalui program Edu Trip 2026, anak-anak yatim dan asnaf yang merupakan Pelajar Learning Centre MyCARE

MyQurbani Aceh

“Setiap kali hujan turun, kami masih trauma jika banjir berlaku lagi. Kami belum pulih sepenuhnya daripada banjir yang lalu.” Demikian luahan Pak Ferdi, salah seorang

Projek Adopt a Hafiz

Ketika ramai kanak-kanak di Gaza berdepan kehilangan tempat tinggal, kemiskinan dan trauma peperangan, masih ada yang istiqamah menghadiri halaqah Al-Quran untuk menghafaz kalam Allah SWT.

Kempen Bulan Anak Yatim & Asnaf 2026

Projek Penajaan Anak Yatim dan Asnaf MyCARE terus menjadi jambatan kasih sayang anda. Bermula di Palestin, amanah ini berkembang ke Syria, Filipina, Lubnan, Yaman, sehinggalah