MyCARE raikan penaja anak yatim

JOHOR BAHRU, 8 Apr 2017 – Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Johor, Yg Bhg En Azman bin Adnan telah berkenan melancarkan Modul Kesukarelawanan MyCARE dan Pelancaran Kempen Penajaan Anak-anak Yatim peringkat Negeri Johor. Program ini adalah bagi meraikan penaja-penaja anak-anak yatim Palestin, Syria, Iraq, Rohingya dan FIlipina yang diuruskan oleh Humanitarian Care Malaysia (MyCARE).







Lagi gambar-gambar di album MyCARE Johor
Di dalam majlis tersebut, Pn Roha Hassan iaitu Pengurus Besar MyCARE membentangkan objektif dan pelaksanaan projek tajaan anak-anak yatim dan bagaimana MyCARE sebagai pertubuhan kemanusiaan melibatkan diri di dalam usaha-usaha kempen kesedaran, menghantar misi-misi bantuan dan menyampaikan bantuan-bantuan kemanusiaan di lebih 20 negara di dunia, khusunya yang sedang dilanda konflik dan mala petaka semulajadi. “Anda semua para penaja dan penderma adalah hero dan pejuang sebenar,” ujar Pn Roha di dalam ucap terima kasih di majlis tersebut.

Dr Mohd Zin sebagai Pengerusi MyCARE Johor membentangkan pengalaman beliau menemui warga Gaza dan Syria di dalam misi-misi dan diantaranya ialah anak-anak yatim yang kini tinggal bersama penjaga masing-masing setelah ayah mereka menjadi syuhada’ kerana serangan. Dr Zin turut membentangkan program kesukarelawanan di sekolah-sekolah yang mendapat sokongan Jabatan Pendidikan Johor.
Di dalam ucapan Yg Bhg En Azman Adnan, pihak Jabatan sentiasa menyokong inisiatif untuk mendidik generasi muda akan nilai-nilai murni kesukarelawanan yang dijalankan MyCARE. Beliau berharap lebih ramai sekolah akan memanfaat modul yang dibangunkan MyCARE dan ianya juga bertepatan dengan wawasan 2020 ke arah melahirkan masyarakat Prihatin dan juga sesuai dengan Rancangan Pembangunan Pendidikan Nasional 2015-2025.
En Azman turut menyampaikan replika cek kepada MyCARE sejumlah RM87,110.00 bagi disalurkan untuk rakyat Palestin hasil dari kutipan di sekolah-sekolah di Johor. Sijil-sijil penghargaan turut diberikan kepada En Mas Imran dari Econsave, Tadika dan Taska Iman, Tadika Darul Ilmu, SRI Hidayah, SMI Hidayah, SMK Taman Daya, Pusat Islam UTM dan beberapa individu yang menghulurkan sumbangan kemanusiaan melalui MyCARE. Majlis turut diserikan dengan nasyid anak-anak yatim Rohingya.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Laporan Pencapaian MyQurbani 2025

Assalamualaikum wbt,Segala puji bagi Allah SWT yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang yang dengan izinNya, MyQurbani 2025 telah berjaya dilaksanakan bagi tahun yang ke 27.

[PalestinDiserang] Makanan panas untuk Gaza

Di tengah konflik kemanusiaan di Selatan Gaza, MyCARE dan SPANCH telah melaksanakan satu inisiatif yang dipanggil Al-Takiyah: penyediaan makanan harian untuk keluarga rentan.   Selama

MyCARE Road Tour 2025

MyCARE Road Tour (MRT) kembali lagi dengan tema Bersamamu Palestin.Pelbagai aktiviti menarik akan menemui anda di MyCARE Negeri seluruh Malaysia.Simpan tarikh-tarikh penting berikut. MRT 3.0