Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) turun ke lapangan bagi menghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di negeri-negeri yang terjejas. Kerja-kerja penyaluran dan pembersihan sedang dijalankan dengan bantuan tenaga dari sukarelawan MyCARE.

MyCARE telah menyerahkan 31 kotak roti dan 25 Pek Makanan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat Johor untuk disalurkan kepada Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang memerlukan. Selain itu, MyCARE juga menyerahkan 28 kotak roti, 12 bungkus lampin bayi, 55 helai pakaian kepada i-Bantu Kluang untuk diagihkan kepada mangsa-mangsa banjir di PPS SK Kahang Seri Lukutdan SMK Kahang Batu 28.

Team sukarelawan Johor selesai melaksanakan kerja pembersihan di 5 buah rumah di Kampung Kelantan dan sekitar Kota Tinggi pada 6 Januari. Dalam pada masa yang sama, penyaluran dan kerja-kerja pembersihan turut dilakukan di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Lihat gambar-gambar lain di dalam album MyCARE

Terima kasih kepada penyumbang dana, penyumbang alatan pembersihan dan penyumbang tenaga. Bantu mangsa-mangsa banjir di: http://mycare.qrd.by/banjir