Kerana anda, senyuman anak ini terukir. Suka untuk kami kongsikan kisah pendek ini kepada para penyumbang. Team MyCARE Gaza menziarahi rumah ke rumah bagi menyalurkan sumbangan kempen Musim Sejuk di penempatan miskin di Gaza, Palestin.

Kami sampai di sebuah rumah keluarga nelayan yang miskin. Si ayah tidak mempunyai pendapatan buat masa ini kerana jarak untuk menangkap ikan di laut semakin terhad. Apabila pintu dibuka, kami disapa untuk masuk.

Setelah selesai memberitahu niat kami, gadis kecil ini mula menangis. Menangis melihat jaket tebal yang kami bawa kerana dia tidak pernah ada. Gadis kecil ini tidak tahu bahawa jaket tebal tersebut sememangnya kami bawakan untuk keluarga beliau. Kami pakaikan kepadanya. Wajahnya mula tersenyum.

Alhamdulillah. Walaupun hanya sehelai jaket tebal, anda telah mengubah dari tangisan kepada senyuman. Mungkin sudah lama anak kecil ini bersejuk lebih-lebih lagi di waktu malam.

Terima kasih kerana menderma kepada Tabung Winter Relief 2020! Selimutkan mereka, hangatkan mereka, dan berikan nutrisi terbaik untuk anak-anak kita di sana.

Salurkan sumbangan anda ke:

http://mycare.qrd.by/winter

ATAU

Humanitarian Care Malaysia Berhad

CIMB Islamic: 86-0213559-2

Sertakan bersama ref ‘WR20′ dan emailkan ke [email protected]
atau WhatsAp/Telegram slip sumbangan anda ke +60166366369 (Pn. Ila)