Tahfiz Al-Amin MyCARE : Inisiatif Kedua MyCARE untuk pendidikan anak-anak Rohingya.

Tahfiz Al-Amin MyCARE merupakan satu lagi inisiatif oleh pihak MyCARE dalam memberikan pendidikan untuk anak-anak Rohingya.

Fokus utama pendidikan di tahfiz ini adalah hafazan serta pendidikan dunia dan akhirat.

Selain anak-anak dibimbing secara bersungguh-sungguh untuk membaca dan menghafaz ayat-ayat suci Al-Quran, mereka juga diberikan pendidikan berkaitan Hadis, Aqidah, Ibadah, Akhlak, Seerah, Sains, Matematik, Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab, Matematik, aktiviti outdoor dan lain-lain.

Asrama yang menyediakan keperluan yang cukup untuk para pelajar Rohingya ini sesuai untuk 20 pelajar sahaja. Jumlah kecil ini diharapkan dapat menghasilkan pelajar yang berkualiti.

Mereka sanggup datang sejauh Negeri Johor, Pahang, Kedah, Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Selangor demi mencapai hasrat untuk memiliki ilmu, khusus menghafaz Al-Quran.

Tahun 2020 merupakan tahun ketiga tahfiz ini beroperasi. Salah satu objektifnya adalah untuk melahirkan anak-anak yang bukan sahaja boleh menghafaz Al-Quran, malahan mampu memimpin diri dan masyarakat.

Anda boleh membantu mereka mencapai hasrat murni masing-masing dengan menyumbang kepada MyCARE.

Sumbangan boleh disalurkan ke:

Humanitarian Care Malaysia Berhad
CIMB Bank : 8602 1355 92

Untuk maklumat lanjut, hubungi saudara Noorsyazly di talian 012-3614874.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Penajaan Anak Yatim Filipina

Pakej RM125 sebulan melalui Kempen Penajaan Anak Yatim Filipina diperkenalkan dengan tujuan untuk membantu anak-anak yatim di Filipina. Anak-anak yatim yang dibantu ini adalah golongan

Kempen Penajaan Keluarga Asnaf Palestin

Keadaan keluarga di Palestin terus berada dalam keadaan yang sangat mencabar akibat konflik yang berpanjangan. Di sebalik setiap khemah dan rumah-rumah yang telah runtuh di

Penajaan Anak Yatim Lubnan

Konflik yang semakin meruncing di Lubnan sejak Mac 2026 telah mengakibatkan krisis kemanusiaan yang amat membimbangkan.   Menurut UNICEF, lebih daripada 1 juta penduduk Lubnan