MyCARE Centre for Rohingya Education (MyC4RE) kini memasuki tahun ketiga!

MyCARE Centre for Rohingya Education (MyC4RE) yang berada di Kulai Besar kini memasuki tahun ketiga. Sekolah yang mendapat pengiktirafan UNHCR ini mampu menampung sehingga 100 orang pelajar.

Semalam, perjumpaan di antara pihak pengurusan, guru-guru serta pihak komuniti telah diadakan bertujuan untuk;

1. Membincangkan isu-isu berkaitan komuniti dan pihak sekolah terutama berkaitan perancangan masa depan sekolah, pengangkutan dan dana.

2. Merapatkan hubungan antara pihak sekolah dan pihak komuniti.

3. Mencari jalan kesepakatan atas hal-hal yang berkaitan isu pendidikan anak-anak Rohingya di MyC4RE.

Pengisian disampaikan oleh Puan Roha Hassan, Pengurus Besar MyCARE, Nor Shahidatul Akma Binti Mohd Noh, GB MyC4RE serta Haji Hassan Hussin wakil ALP MyC4RE

Agihan beg untuk anak-anak di usia TADIKA turut dilakukan.

Semoga tahun 2020 memberikan peluang yang lebih cerah dan cemerlang untuk MyC4RE.

Lagi gambar-gambar di FB MyCARE

Teruskan menyumbang untuk pendidikan anak-anak di MyC4RE demi menjamin masa hadapan mereka.

Sumbangan boleh disalurkan ke:

Humanitarian Care Malaysia Berhad
CIMB Bank : 8602 1355 92

Untuk maklumat lanjut, hubungi saudari Shahidatul Akma di talian 019-3693502.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

MyCARE X HAI sedia tempat bersuci

Selepas Masjid Ar-Rawdah ranap sepenuhnya akibat serangan pada September 2025, ruang solat sementara yang didirikan penduduk tempatan tidak lagi mampu menampung keperluan asas sanitasi.  

Majlis Hi-Tea Kemanusiaan, Terengganu

Gaza memerlukan lebih daripada simpati. Gaza memerlukan tindakan kita.   Jom sertai Majlis Hi-Tea Kemanusiaan “Bersama Membina Gaza” bersama MyCARE Terengganu bagi mengumpulkan dana untuk