Tabung Kecemasan Banjir 2025

Malaysia kini menghadapi gelombang banjir akibat Monsun Timur Laut. Sehingga 24 November 2025, lebih 11,000 mangsa telah dipindahkan di tujuh negeri termasuk Kelantan, Kedah, Perlis, Pulau Pinang, Perak, Terengganu dan Selangor.

Kelantan menjadi negeri yang paling terjejas dengan lebih 8,200 orang berada di pusat pemindahan sementara (PPS) di kawasan seperti Kota Bharu, Tumpat, Bachok, dan Pasir Puteh.

Jabatan Meteorologi Malaysia telah mengeluarkan amaran hujan lebat berstatus bahaya di beberapa negeri termasuk Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Kelantan.

Dalam waktu sukar ini, setiap sumbangan amat bermakna. Kita boleh bantu mangsa banjir dengan menyediakan keperluan asas seperti makanan, air bersih, tuala, selimut dan kit kebersihan. Banyak keluarga terpaksa meninggalkan rumah dengan hanya apa yang sempat mereka bawa tanpa jaminan bila mereka boleh pulang.

Team MyCARE kini berada dalam fasa berjaga-jaga bagi menghadapi MTL.

MyCARE yang juga Ahli Jawatankuasa Pemandu RAKAN NADMA telah menjalani siri Latihan & Bengkel Total Disaster Risk Management (TDRM), menyertai Taklimat Persediaan Menghadapi Monsun Timur Laut 2025/2026, serta memberikan latihan tentang hazard dan risiko Bencana di bawah program HOPE (Humanitarian Operation Experience) kepada NGO dan Agensi Bencana Negara di bawah Asean Pasific  Economy Corridor (APEC) yang dianjurkan bersama UPNM.

Mari ringankan beban mereka yang dalam kesusahan. Sumbangan boleh disalurkan ke Tabung Kecemasan Banjir MyCARE:
https://mycare.qrd.by/bencana

Bersama, kita boleh tunjukkan keprihatinan kita sebagai rakyat Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Bagaimana Bantuan Masuk ke Gaza?

Bagi menjawab kemusykilan rakyat Malaysia yang melihat video-video bantuan MyCARE di Gaza dari Oktober 2023 dan tetap berjalan sehingga sekarang, Pengurus Kanan Projek MyCARE, Haji

Bantuan susu formula bayi

Data rasmi UNICEF (Ogos 2026) mencatatkan angka yang mengejutkan.   19,425 kanak-kanak bawah 5 tahun di Tebing Barat kini disahkan mengalami malnutrisi akut merangkumi kes

Walk for Humanity: Giving Hope

Jom ramai-ramai meriahkan Walk For Humanity yang julung kali diadakan di Pahang! Selain aktiviti briskwalk, kami juga bawakan kepada anda pelbagai aktiviti menarik seperti cabutan