Walaupun anda melihat ada bantuan masuk, namun WHO dan PBB memberi amaran bahawa setengah juta penduduk Gaza masih berada di ambang kebuluran, dan malnutrisi akut meningkat di kalangan kanak-kanak.
Terdapat sedikit peningkatan dalam akses makanan di awal November, namun masih ramai yang hanya makan satu kali sehari. [OCHA-oPt])
MyCARE telah melaksanakan program “Al-Takiyah” di sekitar Gaza bagi menyediakan hidangan panas seperti nasi, kekacang berempah dan pasta kepada ribuan penduduk yang terjejas sejak dari awal konflik bermula.
Projek Pemulihan Gaza adalah satu misi kemanusiaan menyeluruh dengan 10 kategori bantuan: makanan panas, susu formula bayi, pendidikan, pakaian sejuk, kanvas trapaulin, bakul makanan, selimut tebal, perubatan, bekalan air bersih dan khemah.
Setiap sumbangan anda membantu menghidupkan semula Gaza yang hancur. Makanan panas untuk perut yang lapar, susu untuk bayi yang lemah, khemah untuk keluarga yang kehilangan rumah.
Ayuh bersedekah sekarang:
https://mycare.qrd.by/rebuildingpalestin
Bersama kita bina semula Gaza.
Sepucuk Surat, Sejuta Harapan Daripada Anak Yatim Syria
Makanan, kit kebersihan, pakaian dan yuran pendidikan merupakan antara keperluan penting yang diperlukan oleh anak-anak yatim di Syria.Di sebalik kehidupan yang penuh cabaran, mereka tetap