Status Terkini Anak-Anak Yatim MyCARE di Palestin 2025

MyCARE bersama beberapa rakan NGO di Palestin sentiasa berusaha menjejaki dan mengesahkan status anak-anak yatim di bawah Kempen Penajaan Anak Yatim Palestin.

Berikut ialah rangkuman perkembangan terkini hasil usaha MyCARE bersama rakan NGO, Takaful for Children Welfare berkenaan Anak Yatim Tajaan di Palestin.

Daripada keseluruhan 651 profil anak yatim yang ditaja, seramai 620 orang telah berjaya dihubungi oleh rakan NGO di lapangan. Walau bagaimanapun, 31 orang masih belum dapat dihubungi setakat laporan ini disediakan.

Dari aspek keselamatan dan kelangsungan hidup, 607 orang anak yatim disahkan masih hidup.

Namun, dukacita dimaklumkan bahawa seramai 13 orang anak yatim telah disahkan syahid akibat konflik yang berterusan.

Sementara itu, 31 orang lagi berada dalam status tidak dapat disahkan berikutan kekangan keselamatan dan komunikasi.

MyCARE dan rakan NGO di lapangan akan terus komited untuk menjejaki, memantau dan menyampaikan perkembangan terkini kepada para penaja secara telus dan berperingkat.

Klik untuk Menaja Anak Yatim Palestin:
http://donate.mycare.org.my/sponsorship

Atau salurkan sumbangan anda kepada anak yatim melalui:
https://mycare.qrd.by/yatimpalestin

Untuk maklumat lanjut, hubungi:
Ruhaiza Musanip
+60 13-744 4760 / +603-8941 2341

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Bina masa depan untuk anak-anak

MyCARE Learning Centre (LC) di Kulai ini dibuka sejak tahun 2018. Hari ini ia berusia 8 tahun.   Ia merupakan sebuah pusat pembelajaran yang diusahakan

Bantuan periuk baharu untuk ibu-ibu Gaza

Ibu-ibu di Gaza akan menggali runtuhan-runtuhan rumah mereka untuk mencari sisa peralatan yang masih boleh digunakan. Selagi boleh digunakan, mereka akan guna walaupun rosak, pecah