Belajar Sains sambil bergembira

MyCARE telah melaksanakan Program STEM Kids – Sains Itu Seronok di MyCARE Learning Centre (LC), Sungai Tekali melibatkan seramai 15 orang pelajar. Program ini merupakan sebahagian daripada Projek Mini Latihan Industri yang bertujuan memperkenalkan dunia sains secara santai, menyeronokkan dan dekat dengan kehidupan seharian.

 

Sepanjang program berlangsung, suasana dipenuhi dengan rasa ingin tahu, gelak tawa dan keterujaan apabila para pelajar mencuba sendiri eksperimen seperti Letusan Gunung Berapi, Pelangi Dalam Gelas dan Pembuatan Aiskrim Menggunakan Garam. Setiap eksperimen bukan sekadar aktiviti, tetapi ruang untuk mereka bertanya, mencuba dan memahami konsep sains melalui pendekatan hands-on dan interaktif.

 


 

 

 

Program ini bukan sahaja memberi pengalaman bermakna kepada para pelajar, malah menjadi medan pembelajaran sebenar buat pelajar latihan industri yang terlibat daripada pengendalian bajet serta proses perhubungan dan berinteraksi dengan pihak luar, pengendalian aktiviti hinggalah kepada pengurusan program. Setiap proses memberi peluang untuk mengaplikasikan teori ke dalam situasi sebenar serta mengukuhkan kemahiran komunikasi dan kerja berpasukan.

 

Secara keseluruhannya, Program STEM Kids – Sains Itu Seronok berjalan dengan lancar dan mencapai objektif yang disasarkan. Diharapkan usaha kecil ini mampu menyemai minat terhadap bidang STEM dan menjadi langkah awal dalam membina potensi pelajar secara holistik.

 

Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini. Bersama, kita teruskan usaha menyemai ilmu dan harapan untuk masa hadapan.

 

“Nurturing Humanity, Making a Difference.”

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Bina masa depan untuk anak-anak

MyCARE Learning Centre (LC) di Kulai ini dibuka sejak tahun 2018. Hari ini ia berusia 8 tahun.   Ia merupakan sebuah pusat pembelajaran yang diusahakan

Bantuan periuk baharu untuk ibu-ibu Gaza

Ibu-ibu di Gaza akan menggali runtuhan-runtuhan rumah mereka untuk mencari sisa peralatan yang masih boleh digunakan. Selagi boleh digunakan, mereka akan guna walaupun rosak, pecah