Sidang Media Solidariti Aleppo

KUALA LUMPUR, 15 Dis 2016 – Sidang Media Solidariti Aleppo telah diadakan pada hari ini yang dianjurkan oleh Gabungan NGO Kemanusiaan Syria.
Pengerusi Gabungan NGO Kemanusiaan Syria selaku pengerusi MyCARE, Dr. Hafidzi Mohd Nor menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk berusaha menghentikan kekejaman yang dilakukan rejim Bashar al-Assad, Iran, Putin dan Hezbollah.
“Kita dikejutkan dengan video ‘S.O.S’ rakyat Syria yang tersebar di media sosial. Mereka telah merakam permintaan terakhir mereka kerana menganggap ianya adalah pengakhiran mereka apabila rejim Assad semakin hampir.”





Dr. Tahir Abd Rahman, penasihat IKRAM for SYRIA (i4Syria) menambah kepentingan media untuk membantu saudara-saudara sesama manusia di Aleppo. Beliau menyeru media tempatan memperluaskan lagi kesedaran mengenai situasi di Aleppo.
Program diteruskan dengan penghantaran memorandum kepada duta Syria di Kedutaan Syria.
Antara isi kandungan memorandum ialah rakyat Malaysia membantah kekejaman rejim Assad dan memberikan keselamatan kepada rakyat Syria.
i4Syria mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh NGO yang hadir dan juga yang bersolidariti bersama rakyat Syria, media-media tempatan yang membuat liputan dan individu-individu yang mempertahankan hak asasi rakyat Syria di Aleppo.
Gabungan NGO Kemanusiaan Syria terdiri daripada:
1. Humanitarian Care Malaysia (MyCARE)
2. Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
3. Malaysia Life Line for Syria
4. Malaysian Humanitarian Aid and Relief (MAHAR)
5. Syria Care – Malaysia
6. Pertubuhan Sinar Damsyik Malaysia (Persidam)
7. Muslim Care Malaysia Society
8. IMAM Response & Relief Team (IMARET)
9. Yayasan Restu
10. Yayasan Alkubra
11. Green Project
12. Global Peace Mission Malaysia (GPM)
13. Pertubuhan Mawaddah Malaysia
14. Gabungan Ahlussunnah Malaysia
15. Islamic Medical Association of Malaysia (IMAM)
16. Kelab Perkim Unikl MIIT
17. Allied Coordinating Committee of Islamic NGOs
18. Pertubuhan IKRAM Malaysia
19. Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)
20. MASSA
21. Institut Al-Qayyim (IQ)
22. WAMY Malaysia
23. Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS)

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Pakej Qurban & Aqiqah 2026

“Qurban bermula serendah RM200, sijil dapat, laporan ada, panel syariah ada, audit pun ada.”   Mengangkat syariat Allah SWT supaya umat Islam melaksanakan ibadah qurban

Iftar Istimewa: Yaman

Di tengah kemusnahan dan kehidupan yang serba kekurangan, waktu berbuka puasa tetap menjadi saat yang dinanti oleh keluarga-keluarga di Yaman. Walaupun hidup di kem pelarian

Aktiviti psikososial & hadiah raya

MyCARE telah melaksanakan aktiviti psikososial dan agihan Hadiah Raya khas untuk anak-anak pelarian Palestin di Lubnan di bawah kempen MyRamadan 2026.   Seramai 300 orang

Hadiah baju raya Yaman

MyCARE telah melaksanakan agihan Hadiah Raya khas untuk anak-anak yatim dan fakir di Yaman di bawah kempen MyRamadan 2026.   Sebanyak 200 pek Hadiah Baju