MyCARE Gaza dikunjungi Duta Malaysia dari Mesir

Duta Malaysia di Mesir, Dato’ Ku Jaafar Ku Shaari bersama wakil-wakil lain telah mengunjungi pejabat kami di Gaza baru-baru ini. Wakil kami di sana telah menunjukkan anugerah-anugerah yang telah diberikan oleh pelbagai pihak termasuk dari kerajaan Palestin. MyCARE Gaza juga telah dipilih dan diaudit oleh Transparency International (www.transparency.org/) untuk pencalonan anugerah mereka.



Satu diskusi telah diadakan selama 3 jam bagi membincangkan kajian-kajian dan jalan penyelasaian yang telah dilakukan oleh MyCARE Gaza.
Menurut Ahmad Thabet, pengurus MyCARE Gaza, Dato’ Ku Jaafar Ku Shaari bersetuju dengan kajian-kajian yang dilakukan oleh MyCARE Gaza. Beliau juga sangat berpuas hati kerana dapat melihat pencapaian MyCARE Gaza dan juga mengetahui pertubuhan kebajikan dari Malaysia yang boleh dipercayai kini didirikan di Gaza dengan pelbagai anugerah dan pencapaian.
Dato’ Ku Jaafar juga terkejut dengan cara penelitian dan keupayaan MyCARE Gaza mengumpul maklumat dan data yang sangat banyak serta mencari solusi dan alternatif dan akhirnya berjaya melaksanakan projek-projek kemanusiaan. Antara faktor-faktor pengumpulan data yang tepat adalah pihak kami telah bekerjasama dengan kerajaaan Palestin seperti bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan bagi mencari pesakit-pesakit miskin dan mangsa perang tahun 2008, bekerjsama dengan Kementerian Dalam Negeri bagi mencari data keluarga miskin dan anak yatim dan pelbagai lagi.
Dato’ Ku Jaafar telah bertemu dengan Dr. Ghazy Hamas (Timbalan Menteri Kementerian Luar Negara), Dr. Abu Belal (Timbalan Menteri Kementerian Hal Ehwal Negara), Dr. Ziyad Thabet (Timbalan Menteri Kementerian Pendidikan) dan Dr. Yousief Abu al-Reesh (Timbalan Menteri Kementerian Kesihatan) di ibu pejabat MyCARE Gaza.
Pihak kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada Dato’ Ku Jaafar bersama perwakilan Malaysia atas kunjungan ke pejabat kami di Gaza.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

MyCARE Road Tour 4.0 kembali lagi!

Dari hujung bulan Julai hingga November 2026, kami akan menjelajah ke seluruh Malaysia membawa satu misi yang lebih besar, lebih mendalam dan lebih bermakna.Tahun ini,

Penajaan Anak Yatim Filipina

Pakej RM125 sebulan melalui Kempen Penajaan Anak Yatim Filipina diperkenalkan dengan tujuan untuk membantu anak-anak yatim di Filipina. Anak-anak yatim yang dibantu ini adalah golongan