Pulih semula sekolah anak-anak Syria

Apa cerita selepas Syria merdeka?

 

Langkah awal 2026, MyCARE memilih untuk membina semula Syria melalui bantuan pendidikan.

 

Krisis pendidikan di Syria terus memberi impak besar kepada kanak-kanak, termasuk di bandar Jisreen di Eastern Ghouta, Rural Damascus. Selepas bertahun konflik yang merosakkan infrastruktur asas, kedudukan sektor pendidikan kekal rapuh di banyak kawasan.

 

Menurut laporan rasmi, lebih daripada 5,200 sekolah di seluruh Syria rosak dan kekurangan peralatan untuk operasi, sementara hampir 2.4 juta kanak-kanak tidak bersekolah dan lebih satu juta lagi berisiko terputus harapan untuk bersekolah. Keadaan ini semakin diperburuk oleh kekurangan guru, bangunan sekolah yang tidak selamat dan kapasiti tempat yang terhad, menyebabkan ramai pelajar terdedah kepada risiko sosial dan pendidikan yang serius.

 

Dalam konteks ini, projek Pemulihan Jisreen Boys’ Preparatory School & Muhammad Nasser Kaboush Primary School telah bermula sejak Disember 2025 dan dijangka siap pada April 2026 untuk membantu memulihkan hak pendidikan bagi kanak-kanak terjejas di Jisreen, Syria.

 


 

 

 

 

Projek ini memberi tumpuan kepada rehabilitasi sekolah dengan matlamat memastikan persekitaran pembelajaran yang selamat, mudah diakses dan berkualiti untuk kanak-kanak, termasuk mereka yang kembali ke bandar dan golongan rentan.

 

Sekolah-sekolah di Jisreen menghadapi masalah kapasiti apabila bilik darjah menjadi terlalu sesak dengan sehingga 50 murid dalam satu kelas, serta banyak struktur yang tidak lagi selamat digunakan.

 

Melalui kerja pembaikan struktur, penyediaan fasiliti air, sanitasi dan kebersihan, serta penambahbaikan lain seperti pemeriksaan kebocoran, pemasangan sistem bekalan air, sambungan elektrik dan kerja landskap, projek ini bertujuan mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk pembelajaran dan perkembangan kanak-kanak.

 

 

Sasaran projek adalah untuk memastikan 360 orang kanak-kanak dapat belajar dalam 12 bilik darjah yang selamat dan teratur.

 

Projek ini juga memberi penekanan kepada inklusiviti, menyokong golongan yang paling terpinggir seperti anak perempuan dan kanak-kanak dengan keperluan khas.

 

Melalui rehabilitasi pendidikan ini, diharapkan bahawa keluarga yang kembali ke Jisreen akan merasakan pemulihan kehidupan mereka dipercepat dan anak-anak mereka diberikan peluang yang lebih baik untuk masa depan.

 

Pendidikan tidak hanya membuka pintu pengetahuan, tetapi juga memainkan peranan penting dalam pemulihan psikososial dan kestabilan sosial sesebuah komuniti yang terjejas konflik.

 

Ayuh bina semula Syria di:

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Bantuan bakul makanan & persekolahan asnaf

Alhamdulillah, MyCARE telah berjaya menganjurkan Program Agihan Bakul Makanan dan Bantuan Persekolahan kepada golongan asnaf di Perkarangan Padang Sivik, Bandar Gua Musang dengan kerjasama Pejabat

MyCARE X HAI sedia tempat bersuci

Selepas Masjid Ar-Rawdah ranap sepenuhnya akibat serangan pada September 2025, ruang solat sementara yang didirikan penduduk tempatan tidak lagi mampu menampung keperluan asas sanitasi.  

Majlis Hi-Tea Kemanusiaan, Terengganu

Gaza memerlukan lebih daripada simpati. Gaza memerlukan tindakan kita.   Jom sertai Majlis Hi-Tea Kemanusiaan “Bersama Membina Gaza” bersama MyCARE Terengganu bagi mengumpulkan dana untuk