MyRamadan di Cox’s Bazar

Dalam suasana Ramadan yang penuh keberkatan, MyCARE melalui kempen MyRamadan telah melaksanakan tiga agihan bantuan kepada komuniti Rohingya di kem pelarian Cox’s Bazar, Bangladesh.

 

Sebanyak 200 Pek Bekalan Makanan telah disalurkan kepada keluarga miskin dan memerlukan bagi membantu mereka menyediakan makanan untuk ahli keluarga sepanjang Ramadan.

 

Pada masa yang sama, sebanyak 1,000 Pek Iftar turut diagihkan kepada para penerima di kem pelarian bagi memastikan mereka dapat berbuka puasa dengan makanan yang lebih sempurna.

 


 

 

Bagi ribuan pelarian yang hidup dalam khemah-khemah sementara, bantuan ini bukan sekadar makanan untuk mengalas perut selepas seharian berpuasa. Ia adalah tanda bahawa saudara seagama di tempat lain masih mengingati dan peduli akan nasib mereka.

 

 

Semoga setiap bantuan yang disampaikan ini menjadi amal jariah yang berpanjangan buat para penyumbang yang terus menyokong usaha kemanusiaan MyCARE.

 

Salurkan infaq anda melalui:

 

Atau ke akaun:
Humanitarian Care Malaysia Berhad
CIMB: 8602 135 592
Rujukan: ramadan

 

Bukti pembayaran (bank transfer) boleh dihantar ke:

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Bina masa depan untuk anak-anak

MyCARE Learning Centre (LC) di Kulai ini dibuka sejak tahun 2018. Hari ini ia berusia 8 tahun.   Ia merupakan sebuah pusat pembelajaran yang diusahakan

Bantuan periuk baharu untuk ibu-ibu Gaza

Ibu-ibu di Gaza akan menggali runtuhan-runtuhan rumah mereka untuk mencari sisa peralatan yang masih boleh digunakan. Selagi boleh digunakan, mereka akan guna walaupun rosak, pecah