Agihan pek makanan di Sudan

Di Sudan, konflik yang berlarutan telah memaksa jutaan penduduk meninggalkan rumah mereka untuk mencari perlindungan yang lebih selamat. Ramai keluarga kini hidup sebagai pelarian domestik, termasuk mereka yang melarikan diri daripada keganasan di wilayah Darfur dan Kordofan.

 

Menurut laporan United Nations High Commissioner for Refugees pada 2026, lebih 8 juta orang penduduk Sudan telah kehilangan tempat tinggal akibat konflik dan terpaksa berpindah ke kawasan lain dalam negara bagi meneruskan kehidupan.

 

Di negeri Kassala, ramai keluarga pelarian hidup dalam keadaan serba kekurangan dengan akses yang sangat terhad kepada bekalan makanan.

 


 

 

Melalui kempen MyRamadan, MyCARE telah menyalurkan bantuan Pek Bekalan Makanan kepada komuniti pelarian domestik di Kassala, Sudan.

 

Sebanyak 200 set Pek Bekalan Makanan telah diagihkan kepada keluarga miskin dan memerlukan bagi membantu mereka menyediakan makanan untuk ahli keluarga masing-masing.

 

 

Terima kasih kepada para penyumbang yang terus mempercayai MyCARE untuk menyampaikan amanah ini kepada mereka yang memerlukan.

 

Salurkan infaq anda melalui:

 

Atau ke akaun:
Humanitarian Care Malaysia Berhad
CIMB: 8602 135 592
Rujukan: ramadan

 

Bukti pembayaran (bank transfer) boleh dihantar ke:

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Beri peluang pendidikan kepada anak Gaza

Hampir 98% bangunan sekolah di Gaza kini hancur menjadi debu runtuhan.   Menurut laporan antarabangsa, seramai 1.5 juta kanak-kanak Palestin kini dinafikan akses kepada pendidikan

Kunjungan hormat Duta Palestin

MyCARE telah menyambut kunjungan hormat Duta Palestin H.E. Jehad Fouad alQedra ke pejabat MyCARE.   Sesi pertemuan ini menyaksikan perkongsian isu terkini di Palestin, Gaza