Alhamdulillah, seramai 86 orang pelajar kejururawatan telah berjaya menamatkan pengajian dengan bantuan pembayaran yuran daripada pihak Humanitarian Care Malaysia (MyCARE). Kini, mereka telah mula berkhidmat untuk merawat dan menyelamatkan nyawa pesakit yang memerlukan.
Bantuan pendidikan ini bukan sekadar membantu mereka menamatkan pengajian, tetapi merupakan pelaburan jangka panjang yang memberi manfaat berterusan kepada lebih ramai mangsa yang mengalami kecederaan akibat genosid yang sedang berlaku.
Setiap sumbangan hari ini mampu melahirkan lebih ramai petugas kesihatan yang akan terus berkhidmat, merawat dan menyelamatkan nyawa mereka yang memerlukan.
Jangan biarkan mereka berjuang sendirian. Teruskan hulurkan bantuan dan bersama MyCARE menyokong usaha kemanusiaan ini.
Sumbang melalui MyCARE. Bersama kita teruskan harapan mereka.