Ini adalah sebahagian daripada wajah-wajah relawan yang bekerja keras memastikan bantuan yang MyCARE susun hasil sumbangan anda sampai kepada mangsa gempa di Pidie Jaya.

Merekalah hero dan heroin sebenar di sebalik semua usaha ini. Ada yang senior, ada pemuda-pemudi dan ada juga relawan cilik. Mereka merancang, menyusun pergerakan, membuat tinjauan dan berusaha sedaya-upaya menyantuni mangsa gempa dengan penuh senyuman dan kasih sayang.

Ada di kalangan mereka telah berada di Pidie Jaya sejak hari pertama. Mereka datang dari jauh dan dekat. Malah ada dari kalangan mereka juga sebenarnya adalah mangsa gempa!

Mereka keletihan, tidak cukup tidur dan makan ala kadar sahaja. Tapi semangat untuk menyumbang dan berbakti menjadikan mereka begitu tabah dan kental.

Ayuh, kita sama-sama kirimkan doa buat para mangsa juga buat para relawan di lapangan yang telah banyak berkorban sehingga saat ini. Semoga urusan ini dipermudah.

*****

Ayuh, jangan ketinggalan untuk turut sama menyumbang kepada kemanusiaan di Aceh.

Salurkan sumbangan anda ke ‘Tabung Kecemasan Gempa Aceh’ MyCARE atas nama ‘Humanitarian Care Malaysia Berhad’ melalui salah satu daripada akaun berikut:

Maybank Islamic – 5642 5856 0698
CIMB Islamic – 8602 13 5592
Bank Islam – 1209 2010 0349 04

Ayuh, bersama kita peduli kemanusiaan di Aceh!