MyCARE Education Fund | BACK2SCHOOL

Sesi persekolahan 2025 dah tak lama lagi dah. Ini tandanya Projek Back2School bersama MyCARE akan kembali lagi! Kami team sukarelawan ingin membantu seramai 50 orang anak-anak yang kurang bernasib baik untuk kempen Back2School.

 

Tapi, kali ni kita nak ke mana pulak?

 

Anda pernah dengar tak suku kaum Kensiu? Kalau nak tahu, Kensiu merupakan suku kaum orang asli dari rumpun bangsa Semang-Negrito, yang kini hanya tinggal di perkampungan Orang Asli Lubuk Legong, Baling Kedah tau!

 

Ayuh! Bantu kami untuk membeli kelengkapan sekolah yang baru buat anak-anak orang Asli ini.

 

Siapa yang tak seronok apabila dapat benda baru kan…

 

Ibu bapa juga akan tersenyum gembira dapat memenuhi keperluan anak-anak mereka. Namun, jangan dilupakan mereka yang kurang bernasib baik. Kami juga berhasrat untuk mengadakan aktiviti psikososial bersama anak-anak ini serta sumbangan pek makanan kepada setiap keluarga Orang Asli ini.

 

Anda boleh menyumbang untuk pakej:
1. Malaysia (Local) – Back2School (RM150) atau;
2. Sumbangan Ikhlas (RM10)

 

Bagi pakej Malaysia (Local) RM150, ianya termasuk sumbangan persekolahan, aktiviti psikososial dan pek makanan.

 

Sama-sama kita ukirkan senyuman mereka di hari pertama persekolahan mereka dengan menyumbang di:

 

“Pendidikan adalah hak kanak-kanak, dan tanggungjawab kita bersama.”

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Bagaimana Bantuan Masuk ke Gaza?

Bagi menjawab kemusykilan rakyat Malaysia yang melihat video-video bantuan MyCARE di Gaza dari Oktober 2023 dan tetap berjalan sehingga sekarang, Pengurus Kanan Projek MyCARE, Haji

Bantuan susu formula bayi

Data rasmi UNICEF (Ogos 2026) mencatatkan angka yang mengejutkan.   19,425 kanak-kanak bawah 5 tahun di Tebing Barat kini disahkan mengalami malnutrisi akut merangkumi kes

Walk for Humanity: Giving Hope

Jom ramai-ramai meriahkan Walk For Humanity yang julung kali diadakan di Pahang! Selain aktiviti briskwalk, kami juga bawakan kepada anda pelbagai aktiviti menarik seperti cabutan