Kenyataan Media Genjatan Senjata Gaza

Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) menyambut baik pengumuman gencatan senjata di Gaza yang akan berkuatkuasa pada Ahad, 19 Januari 2025.

Gencatan senjata ini akan menamatkan genosid di Gaza yang telah berlarutan lebih 15 bulan dan menyebabkan lebih 110,000 orang awam cedera serta mengorbankan lebih 46,000 ribu nyawa rakyat Palestin termasuk wanita dan kanak-kanak.

Gencatan senjata ini akan menyaksikan tentera Israel berundur dari Gaza, penduduk Gaza dibenarkan kembali ke rumah mereka khususnya di utara, para pesakit dibenar untuk mendapatkan rawatan di luar Gaza dan hampir 2,000 rakyat Palestin dibebaskan dari penjara Israel.

Pintu-pintu sempadan juga akan dibuka dan Gaza akan menerima sehingga 600 trak berisi bantuan kemanusiaan setiap hari untuk memenuhi keperluan mendesak mereka baik keperluan makanan, ubat-ubatan dan khemah perlindungan. Ratusan ribu penduduk Gaza yang kehilangan tempat tinggal amat memerlukan bantuan ini untuk mendepani musim sejuk pada ketika ini.

MyCARE telah menggerakkan bantuan kemanusiaan ke Gaza sejak hari pertama genosid pada 7 Oktober 2023. Setakat ini, lebih RM15 juta bantuan kemanusiaan telah berjaya disalurkan dengan kerjasama pelbagai pihak termasuk pejabat MyCARE di Gaza.

Sehubungan dengan gencatan senjata ini, MyCARE akan mempertingkatkan lagi bantuan kemanusiaan ke Gaza sesuai dengan keperluan mendesak di wilayah itu.

MyCARE menyeru semua rakyat Malaysia yang prihatin untuk terus bersama-sama kami membantu rakyat Palestin di Gaza.

Dato’ Seri Ir. Dr. Kamal Nasharuddin Mustapha,
Pengerusi,
Humanitarian Care Malaysia (MyCARE)

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Perbincangan Palestin daripada sudut agama

Apa yang anda lakukan di kala genosid masih berterusan?   Sebuah persidangan yang dianjurkan oleh Freedom Flotilla Coalition dengan kerjasama organisasi-organisasi tempatan seperti Donne per

Meneruskan perjuangan Mavi Marmara

Ibu Pejabat MyCARE di Seri Kembangan berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada Beheşti İsmail Songür, Presiden Mavi Marmara Foundation, Abdul Mejid, Pengarah Bahagian Antarabangsa, dan

Beri peluang pendidikan kepada anak Gaza

Hampir 98% bangunan sekolah di Gaza kini hancur menjadi debu runtuhan.   Menurut laporan antarabangsa, seramai 1.5 juta kanak-kanak Palestin kini dinafikan akses kepada pendidikan