Ekplorasi Kerjaya 2026: Menyemai minat STEM dI Pusat Sains Negara

Selepas meneroka dunia pendidikan di Universiti MAHSA, para peserta dibawa ke Pusat Sains Negara. Di tempat ini, peserta diberi peluang untuk meneroka dunia sains, teknologi dan inovasi melalui pelbagai aktiviti interaktif yang menyeronokkan.

 

Antara aktiviti yang dilakukan ialah pertunjukan sains dan lawatan ke ruang pameran seperti I-Rays, Science Valley, Kid’s World, Kids’ Discovery Place, Galeri Eureka, Galeri Wonderspark dan Akuarium Ikan Air Tawar.

 

Lawatan ini bukan sahaja memberi pengalaman baharu kepada peserta, malah berjaya memupuk minat terhadap bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

 

Melalui aktiviti yang dijalankan, peserta dapat memahami konsep sains secara lebih dekat dan praktikal. Ianya juga berjaya menggalakkan mereka untuk terus meneroka potensi diri dalam bidang-bidang yang berkaitan.

 


 

 

 

 

 

Wajah ceria dan keterujaan peserta sepanjang program menjadi bukti bahawa pembelajaran di luar bilik darjah mampu memberikan pengalaman yang bermakna dan inspirasi untuk masa hadapan.

 

MyCARE merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah menjayakan Program Eksplorasi Kerjaya 2026, khususnya para penyumbang, penaja, sukarelawan serta pihak Universiti MAHSA dan Pusat Sains Negara atas kerjasama dan sokongan yang diberikan.

 

Diharapkan program seumpama ini dapat terus dilaksanakan pada masa hadapan bagi membantu lebih ramai anak-anak yatim dan asnaf membina keyakinan diri, memperluaskan wawasan serta mengejar cita-cita mereka.

 

Teruskan menyokong usaha kebajikan ini melalui:

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Agihan bakul sayuran & buah segar

Sanggupkah seorang ibu melihat anak kecilnya menangis kebuluran tanpa khasiat sayur segar berbulan lamanya?   Data rasmi agensi tempatan menunjukkan lebih 85% tanah pertanian di

Bantuan bakul makanan & persekolahan asnaf

Alhamdulillah, MyCARE telah berjaya menganjurkan Program Agihan Bakul Makanan dan Bantuan Persekolahan kepada golongan asnaf di Perkarangan Padang Sivik, Bandar Gua Musang dengan kerjasama Pejabat

MyCARE X HAI sedia tempat bersuci

Selepas Masjid Ar-Rawdah ranap sepenuhnya akibat serangan pada September 2025, ruang solat sementara yang didirikan penduduk tempatan tidak lagi mampu menampung keperluan asas sanitasi.