Beri peluang pendidikan kepada anak Gaza

Hampir 98% bangunan sekolah di Gaza kini hancur menjadi debu runtuhan.

 

Menurut laporan antarabangsa, seramai 1.5 juta kanak-kanak Palestin kini dinafikan akses kepada pendidikan berkualiti dan selamat. Krisis berdarah ini telah meragut nyawa lebih 20,000 pelajar yang sepatutnya berada di dalam bilik darjah.

 

Malah seramai 700,000 anak-anak terlepas sesi persekolahan secara bersemuka selama hampir 3 tahun akademik. Hari persekolahan bagi sesi 2025-26 turut merosot teruk daripada 200 hari kepada hanya 60 hari setahun.

 

Menyedari masa depan generasi ini yang kian malap, MyCARE membuka ruang pemulihan ilmu di kem pelarian.

 

Menerusi projek Bina Semula Gaza 2026, MyCARE akan mendirikan khemah pembelajaran serba lengkap dan membuka peluang kepada anda untuk menaja seorang pelajar untuk terus menimba ilmu.

 

Inisiatif ini memberi ruang kepada anak-anak pelarian untuk kembali memegang pensel dan membina harapan baharu.

 

Pemulihan institusi dan ruang pendidikan alternatif ini kekal menjadi keutamaan kritikal dalam operasi kemanusiaan MyCARE di Gaza.

 

Jutaan terima kasih kami titipkan kepada seluruh dermawan yang sentiasa menyalakan harapan anak-anak Palestin. Semoga sumbangan ikhlas anda menjadi amal jariah penuntun kebaikan serta diganjari rahmat terindah di akhirat kelak.

 

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Kunjungan hormat Duta Palestin

MyCARE telah menyambut kunjungan hormat Duta Palestin H.E. Jehad Fouad alQedra ke pejabat MyCARE.   Sesi pertemuan ini menyaksikan perkongsian isu terkini di Palestin, Gaza

Bantu bina semula Gaza

Baru-baru ini Google Maps telah kemaskini peta Gaza. Bumi yang dahulunya dipenuhi deretan rumah kini berubah menjadi padang jarak padang tekukur.Menurut laporan penilaian Pertubuhan Bangsa-Bangsa