Bantuan untuk asnaf Sabah

Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) dengan kerjasama HOPe – Helping Orang PEdalaman, Harmoni Mission, Standup Flashmob, Urban Usrah dan Rose2Rose telah menyalurkan bantuan kepada golongan asnaf yang memerlukan di Sabah dalam projek Sabah COVID-19 Food Relief.

Sebanyak 400 buah keluarga asnaf yang terkesan dengan perintah PKP menerima manfaat sepanjang 2 hari penyaluran pada 20 sehingga 23 Oktober bertempat di Putatan, Kota Kinabalu, Telupid, Labuan dan Kota Belud. Bantuan pek makanan ini berupa beras, telur, gula, garam, minyak masak, tepung, uncang teh dan mee kuning.

Teruskan membantu saudara-saudara kita di Sabah yang ketika ini sangat terkesan dengan pandemik COVID-19 dengan menyumbang di https://donate.mycare.org.my/c/covidsbh

Reference: SCFR50 / SCFR100
(untuk memudahkan kami menyusun bantuan)

MyCARE mengucapkan jutaan terima kasih kepada para dermawan yang prihatin dan rakyat Malaysia yang menyokong usaha ini. Sebarkan kepada rakan-rakan agar lebih banyak mengetahui tentang nasib saudara kita di Sabah terbela.

Tarikh tutup: 25 Oktober 2020

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Asliyanah – 013 542 5490

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Bina masa depan untuk anak-anak

MyCARE Learning Centre (LC) di Kulai ini dibuka sejak tahun 2018. Hari ini ia berusia 8 tahun.   Ia merupakan sebuah pusat pembelajaran yang diusahakan

Bantuan periuk baharu untuk ibu-ibu Gaza

Ibu-ibu di Gaza akan menggali runtuhan-runtuhan rumah mereka untuk mencari sisa peralatan yang masih boleh digunakan. Selagi boleh digunakan, mereka akan guna walaupun rosak, pecah