Agihan sumbangan untuk frontliners Sabah

“Pesakit semakin ramai, staff kesihatan kurang dan ada yang turut dijangkiti virus ini..”

“Penat…”

“24 jam bertugas tanpa henti…”

“Rindu isteri dan anak-anak di rumah..”

Ini hanyalah sebahagian luahan hati frontliners, di sebalik tanggungjawab yang mereka galas, mereka juga insan biasa..Mereka amat memerlukan KITA untuk menjaga KITA. Mereka memerlukan sumbangan KITA demi memutuskan rantaian COVID-19.

Rose2Rose dengan ini mengambil inisiatif bagi memastikan frontliners yang berkhidmat di hospital mendapat perlindungan yang sewajarnya. Rose2Rose dengan kerjasama FCE Enterprise Sdn Bhd dan Malaysia Airlines Berhad Kargo (MABKargo) sedang menghantar sebanyak :2,000 unit PPE ke dua buah hospital di Sabah.

1. Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu
2. Hospital Semporna

Ayuh bersama kami melindungi frontliners Sabah, terus hulurkan sumbangan anda agar lebih ramai lagi frontliners mendapat perlindungan yang sewajarnya.

 

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Bantuan bakul makanan & persekolahan asnaf

Alhamdulillah, MyCARE telah berjaya menganjurkan Program Agihan Bakul Makanan dan Bantuan Persekolahan kepada golongan asnaf di Perkarangan Padang Sivik, Bandar Gua Musang dengan kerjasama Pejabat

MyCARE X HAI sedia tempat bersuci

Selepas Masjid Ar-Rawdah ranap sepenuhnya akibat serangan pada September 2025, ruang solat sementara yang didirikan penduduk tempatan tidak lagi mampu menampung keperluan asas sanitasi.  

Majlis Hi-Tea Kemanusiaan, Terengganu

Gaza memerlukan lebih daripada simpati. Gaza memerlukan tindakan kita.   Jom sertai Majlis Hi-Tea Kemanusiaan “Bersama Membina Gaza” bersama MyCARE Terengganu bagi mengumpulkan dana untuk